[VIDEO] Guru muda ‘pujaan’ murid sentuh hati ramai

PETALING JAYA – Rata-rata orang ramai berpendapat seorang guru lelaki muda memiliki keistimewaan apabila dilihat menjadi ‘pujaan’ murid-murid menerusi sebuah video.

Perkongsian oleh Fiyzaie di TikTok itu menunjukkan, dia dipeluk oleh belasan murid-murid bersilih ganti sejurus tiba di sekolah yang dipercayai pernah menjadi tempat dia berkhidmat sebelum ini.

Menerusi kapsyen, Fiyzaie memaklumkan, ada di antara mereka yang memintanya supaya datang melawat lagi malah ada yang masih berharap supaya dia mengajar kembali di sekolah tersebut.

Salah seorang pengguna malah sempat mengucapkan tahniah berikutan situasi yang menyentuh hati itu sukar dicapai oleh seseorang yang bergelar guru.

“Bukan senang nak sampai ke tahap ni. Akak yang 15 tahun jadi cikgu ni pun tak ada sampai tahap ni, budak-budak terkam rindu kat cikgu dia. Tahniah,” kata @kaizanmamat5.

“Macam ni la sepatutnya jadi cikgu sekolah rendah. Bukan cikgu yang garang sampai budak-budak nak pergi sekolah pun takut,” komen Redfeather.

“Dia dah berjaya menjadi cikgu di hati anak-anak muridnya. Tahniah,” ucap Elissa Aaron pula.

Sejak dikongsikan semalam, video tersebut telah mencapai sebanyak 455,500 jumlah tontonan dengan lebih 2,000 komen. – KOSMO! ONLINE

@fiyzaie

Anak2 tahun 1

♬ suara asli – .𝐓_𝐍. – 𝗧.𝗡

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber: https://ift.tt/HAlUTGe



via Sinar Viral Network

Post a Comment

0 Comments

loading...