Kata orang terlajak perahu boleh diundur, tapi terlajak perbuatan buruk padahnya.
Itulah yang berlaku kepada seorang Tiktoker yang dengan tidak berfikir panjang telah membuat konten yang mendapat kecaman netizen kerana menjatuhkan maruah TLDM.
Segalanya bermulanya apabila beliau telah berkongsi ruang dan keadaan dalam kapal TLDM bersempena dengan Hari Terbuka Armada yang membolehkan orang awam masuk ke dalam kapal perang TLDM.
Walau bagaimanapun, tindakannya yang berlakon seolah kentut pada kapal mikrofon TLDM pada bilik kawalan utama demi konten itu telah membuat para netizen kurang senang.
Meskipun sekadar lakonan, tindakan yang dilakukan bukan sahaja menjatuhkan maruah TLDM malah menjatuhkan maruah diri beliau sendiri. Lebih ironi, terdapat warga TLDM yang dilihat turut berlakon menjayakan konten beliau.
Perkongsian yang dibuat turut mendapat perhatian Facebook Malaysia Military Power yang turut mengecam tindakan wanita ini yang popular dengan menghasilkan konten yang aneh.
Selain itu, seorang pesara Tentera menerusi TikTok @fakhrintokai turut mengakui terkejut melihat tindakan wanita ini yang seolah mengh1na para tentera.
“Dia ini orang awam, dia mengambil kesempatan kerana di luar sana ramai yang tidak suka pada askar dan kita tidak menafikan. Jadi, dia memang menunggu peluang seperti ini untuk mengh1na tentera.
“Yang menyedihkan, ada anggota tentera yang terlibat. Tak tahu sama ada mereka sedar apa yang mereka lakukan, tetapi pengelibatan mereka sangat menyedihkan saya.
“Yang kasihannya pegawai pemerintah kapal, rekod dah jadi buruk. Anggota tentera yang terlibat itu mungkin akan dikenakan tindakan disiplin,” katanya.
Menerusi video terbaharu TikToker wanita ini, beliau tampil membuat permohonan maaf secara terbuka kepada pihak TLDM atas perkongsian yang tidak disengajakan beliau.
Video:
@zuraidah_nasir
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network
Sumber: https://ift.tt/E9VrznB
via Sinar Viral Network
0 Comments