Setelah beberapa hari memuat naik update terkini keadaan anaknya menerima r@watan, akhirnya pelakon Rita Rudaini berkongsi punca anak sulungnya, Airit Rayyan mengalami kecederaan.
Dalam perkongsiannya di laman Instagram, Rita berkata tangan kanan anaknya itu patah semasa bermain bola sepak bersama rakan-rakannya di sekolah.
“Main bola kena tackle (bentes), patah tangan. InsyaAllah boleh main lagi bukan patah kaki”ujarnya.
Malah, Rita yang terkenal dalam filem Mami Jarum itu juga sempat berseloroh kepada anaknya dengan mengatakan dia masih lagi boleh bermain bola sepak dengan memetik nama saudara terdekat yang pernah mengalami kecederaan ketika bermain bola sepak.
“Mommy cakap kat dia ‘Ryan…uncle Yus, uncel Gee, Pak Teh Amran, Pak Tam Jad main bola jatuh berguling kena tackel tapi tak ada patah tangan.
“Dia jawab ‘macam mana dorang buat?’ Haa tu nanti Ryan jumpa dan bertanyalah,” katanya.
Dalam pada itu, Rita juga berkongsi bahawa insiden yang melanda anak lelakinya ini membuatkan Rayyan kadang-kadang mengalami tekanan kerana tidak boleh menggunakan sebelah tangannya buat masa ini.
“Ryan kadang2 down…emosi x tentu jugak…kdg2 dia ok ckp byk..kdg2 xnak bercakap langsung…depress sebab sebelah tangan je boleh guna..susah untuk dia bergerak…insyaallah…mommy selalu doa semoga di permudahkan…” tulisnya.
Dalam hantaran yang sama juga, pemilik nama Rita Rudaini Mokhtar berterima kasih kepada barisan perubatan yang membantu anaknya sepanjang mendapatkan r@watan di h0spital berkenaan.
“Terima kasih Dr Fairuz, doktor Pakar Bedah Ortopedik terbaik. Terima kasih kakak-kakak misi yang jaga Ryan, bersabar dengan dia yang payah makan ubat ontime sebab asyik tidur.
“Kakak-kakak dan abang-abang fisioterapi yang setiap minggu bantu Ryan,” luahnya.
View this post on Instagram
Sementara itu, pelakon filem Mami Jarum itu sempat berseloroh lagi kepada Rayyan agar lekas sembuh agar dapat segera kembali ke sekolah dan bermain bola sepak.
“Cepat baik ya, nanti boleh pergi ke sekolah dan main bola lagi,” tulisnya.
Untuk rekod, Rita pernah mendirikan rumah tangga dengan pemain bola sepak kebanggsaan, Aidil Zafuan pada 2008, namun mereka bercerai pada September 2013.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Airit Rayyan Rizqin, 14, dan Airit Qaqa Arjuna, 12.
Sumber: Instagram @ridrud727
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network
Sumber: https://ift.tt/E9VrznB
via Sinar Viral Network
0 Comments