Anak Letak May4t Ayah Dalam Peti Sejuk Beku Untuk Jadi ‘Teman’ Borak

Seorang lelaki di Belanda mengaku menyimpan m4yat bapanya selama lebih setahun di dalam peti sejuk beku dengan alasan supaya dia boleh terus ‘bercakap’ dengannya.

Tidak mahu kehilangan bapa

Foto: New York Post

Memetik laporan New York Post, tindakan lelaki itu terbongkar sekitar seminggu yang lalu selepas doktor yang merawat bapanya membuat laporan kepada pihak berkuasa kerana musykil akan ketidakhadirannya untuk membuat rawatan.

Hasil siasatan, pihak berkuasa mendapati suspek yang berusia 82 tahun itu telah menyimpan m4yat bapanya di dalam peti sejuk beku rumah mereka dan didapati bapanya telah pun meninggal dunia kira-kira 18 bulan yang lalu pada usia 101 tahun.

Ketika ditanya, dia memaklumkan tindakannya itu adalah kerana tidak mahu kehilangan bapa tercintanya.

Saya tidak mahu kehilangan bapa saya. Jika tidak saya akan merinduinya.

Dalam pada itu, pihak polis mengesahkan bahawa mereka tidak mengesyaki sebarang perbuatan jahat yang terlibat dalam kematian warga emas itu.

Pihak polis kini sedang cuba untuk menentukan masa dan cara kematian warga emas itu dengan lebih tepat.

Sumber: New York Post

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber: https://ohbulan.com/



via Sinar Viral Network

Post a Comment

0 Comments

loading...