BERITA paling melegakan rakyat Malaysia minggu lalu pastinya apabila pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali dijatuhkan hukuman penjara 12 tahun selepas didapati bersalah mengabai dan menganiaya Bella, seorang remaja sindrom down.
Ia juga satu momen penuh emosi buat barisan peguam dan pasukan #justiceforbella yang telah memberi tumpuan dan mengorbankan masa juga tenaga selama hampir dua tahun untuk memastikan kemenangan berpihak kepada gadis istimewa itu.
Ternyata, Siti Bainun sudah mendapat pembalasan setimpal.
Saat ini ketika berada ‘di dalam’, sudah tentu dia mendapat ‘ketenangan’ yang diinginkan. Masa untuk bersendiri dan tiada lagi tekanan daripada pelbagai pihak di luar.
Siti Bainun tidak perlu trauma kesan luka ‘dihentam’ seluruh badan. Yang ada mungkin kesunyian dan kekesalan membaluti diri.
Namun terfikirkah kita situasi Bella ketika ini? Nyenyakkah tidurnya? Sudah pulihkah kesan luka-lukanya? Beranikah dia berdepan orang ramai selepas melalui detik gelap disimbah air panas dan dipvkulsetiap malam tanpa henti beberapa bulan lamanya?
Walau berapa lama Siti Bainun dipenjarakan, ia tidak mampu menandingi tahap derita yang terpaksa dilalui seorang anak syurga yang tidak mengerti apa-apa!
Trauma dari segi mental, emosi dan fizikal yang dialami pasti memberi kesan buruk sepanjang hayat Bella.
Sebab itu, Presiden OKU Sentral, Datuk Ras Adiba Radzi menyifatkan kemenangan kes Bella adalah satu titik permulaan terbaik untuk dirinya dan orang ramai terus memperjuangkan nasib orang kurang upaya (OKU) agar mereka tidak ditindas dan dianiaya.
Sudah tiba masa juga untuk Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) mempercepat penubuhan Jabatan Kanak-Kanak bagi melindungi golongan ini terutama melibatkan isu penderaan dan pengabaian.
Cadangan yang pernah dibentangkan di Dewan Rakyat Januari lalu khabarnya sudah dipersetujui kabinet termasuk Perdana Menteri.
Dalam masa sama, peranan kita sebagai rakyat pula perlulah terus berani melaporkan kepada pihak berkuasa jika berdepan kes-kes seperti ini.
Kanak-kanak dan remaja adalah aset negara. Jika tidak dijaga dan dipelihara sempurna, dapatkah kita bayangkan masa depan Malaysia? Sudah pasti malap!
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network
Sumber : https://ift.tt/Yeu1CKb
via Sinar Viral Network
0 Comments