Datuk M Daud Kilau Dimasukkan Ke Hospital

Penyanyi dangdut terkenal negara, Datuk M. Daud Kilau kini sedang dirawat di Hospital Teluk Intan (HTI) selepas mengadu sesak nafas sejak petang Sabtu.

Kini stabil namun kepenatan

Foto: Utusan Malaysia

Memetik laporan Utusan, Mohd. Zaini, anak kepada Raja Gelek Malaysia itu memaklumkan bahawa bapanya kini dalam keadaan yang stabil dan boleh bercakap namun mengadu sering kepenatan.

Semalam, bapa mengadu sesak nafas lalu kami membawanya ke HTI dan dia dirawat di wad kecemasan pada kira-kira pukul 12 tengah hari. Pada pukul 5 petang, bapa dimasukkan ke wad biasa.

Pemeriksaan oleh doktor mendapati bapa mengalami kencing manis tinggi gula, dia juga sesak nafas dan kini masih ditahan di wad.

Keadaannya sekarang sudah stabil, boleh makan sedikit sedikit, dia juga sudah boleh bercakap cuma dia tak larat duduk lama, kerana akan rasa penat.

Untuk info, penyanyi yang popular dengan lagu Cek Mek Molek itu mengalami masalah kesihatan sejak beberapa tahun yang lalu selepas disahkan menghidap penyakit seperti kencing manis serta sakit pinggan dan jantung yang tidak stabil.

Perkara tersebut menyebabkan M. Daud Kilau mengambil keputusan untuk tidak lagi membuat persembahan pentas kerana keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan.

Artikel asal daripada Utusan Malaysia. Ikuti berita terkini dalam dan luar negara di portal Utusan Malaysia.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber : https://ohbulan.com/



via Sinar Viral Network

Post a Comment

0 Comments

loading...