Penyanyi, Wany Hasrita mended@hkan dirinya sudah bersedia daripada segi mental dan fizikal apabila terpaksa berjauhan dengan suami ketika sedang hamil.
Wany yang kini sedang hamil lapan bulan memaklumkan dia sentiasa ditemani ibunya ketika suaminya harus keluar bekerja.
“Nasib baik ada ibu yang menemani saya. Saya memang sudah diterapkan yang hal ini memang tidak akan mudah atau terlalu susah. Segalanya bergantung kepada mentaliti dan penerimaaan diri sendiri.
“Bila keadaan itu susah, saya akan cuba juga untuk senangkan. Pada akhirnya nanti, kita pujuklah hati sendiri.
“Jika ada perkara yang buat kita sedih, mahu atau tidak, kita kena laluinya juga tak kira senang atau susah,” katanya kepada MH.
Katanya lagi, dia juga tidak mahu orang-orang disekelilingnya terlalu risau mengenai keadaan dirinya.
“Saya akui memang ada kalanya saya terpaksa melalui mood yang tidak menentu. Lebih-lebih lagi bagi perempuan yang mengandung.
“Saya cuba untuk sentiasa berada dalam keadaan yang baik agar tidak menyusahkan suami yang jauh di sana. Ibu kita yang ada di sini pun akan risau kalau kita tak okay.
“Alhamdulillah, saya okay sahaja. Emosi itu tidaklah teruk sangat,” ujarnya lagi.
Penyanyi lagu Cinta Khayalan itu berkata sedemikian ketika ditemui di majlis rumah terbuka penyanyi, Nabila Razali di Eco Templer Rawang pada Ahad.
Dalam pada itu, Nabila turut mended@hkan dirinya tidak mengalami sebarang alahan yang teruk sepanjang proses kehamilan ini.
“Saya tidak alami alahan yang teruk. Sewaktu trimester pertama, saya ada alahan terhadap sesetengah ubat.
“Saya juga secara tiba-tiba tak boleh makan makanan berkuah seperi sup dan masak lemak. Padahal, semua itu makanan kesukaan saya. Tapi sekarang okay dah,” kongsinya lagi.
Ditanya adakah dirinya bakal mended@hkan wajah cahaya mata sejurus selepas bersalin, ini reaksi yang dibeirkan Wany;
“Kami belum merancang mengenai hal tersebut. Mungkin bila bayi baru lahir nanti, kami tidak akan terlalu terbuka sehingga kami adakan majlis aqiqah,” akhirinya.
Terdahulu, Wany turut memaklumkan dirinya bakal bersalin pada pertengahan bulan Julai.
Sekadar informasi, Wany dan suami, Mohd Al-Adib Fahmi Harun, 31, yang bertugas sebagai juruterbang di Kuching, telah mendirikan rumah tangga pada Julai 2022.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network
Sumber: https://ift.tt/SA01RHb
via Sinar Viral Network
0 Comments