GAYANYA tak ubah seperti penvnggang kuda profesional ketika menjaga sekumpulan lembu yang dilepaskan untuk mencari makanan.
Pemuda itu tidak berjalan kaki, menvnggang basikal mahupun motosikal, sebaliknya menvnggang kuda sehingga ke dalam hutan, bersama lembu-lembunya.
Muhammad Azim Zahari berkata dia mula menternak lembu di kampung bapanya di Sungai Udang, Melaka selepas tamat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Walaupun dilihat berkebolehan menvnggang kuda, penternak lembu berusia 20 tahun itu tidak pernah mengikuti sebarang kelas untuk belajar menvnggang haiwan tersebut.
Azim tidak mengikuti kelas menunggang kuda.
“Saya tak pernah belajar pun, masa ambil kuda ni terus naik (tvnggang kuda) dan orang yang jual kuda tu tunjukkan sikit cara kawal kuda, itu je.
“Yang penting kita kena berani dan faham perangai kuda… baru lebih sebulan saya menunggang kuda untuk jaga lembu,” katanya kepada mStar.
Lebih mesra disapa Azim, katanya, dia sebelum ini menunggang motosikal ketika menjaga lembu terutama dari segi pergerakan pulang ke kandang.
View this post on Instagram
“Dulu guna motor je, tapi mas4lahnya tak boleh masuk hutan, sawah, sem4k-s4mun, kawasan berlumpur dan berlecak untuk ikut lembu-lembu.
“Jadi, saya terp4ksa tinggalkan motor di tepi jalan dan mengikut lembu-lembu ke dalam. Saya pernah berpatah balik ke tempat letak motor sejauh lebih 1 kilometer.
Jangan hiraukan kata-kata neg4tif, terus maju ke depan dan berfikiran positif. Mental dan fizikal juga kena kuat
AZIM
“Paling susah nak suruh lembu-lembu balik ke kandang selepas makan, boleh ambil masa hampir sejam. Ada lembu yang deg1l, makin jauh ke dalam hutan atau melencong ke tempat lain.
“Saya juga pernah terj4tuh longkang, parit malah ters3mban dalam lumpur sebab nak arah lembu-lembu ni balik ke kandang,” ujarnya yang mengusahakan bisnes ternakan milik keluarga.
Sebahagian kandang lembu.
Menurut anak ketiga daripada lima beradik itu, antara kelebihan menjaga lembu dengan menvnggang kuda adalah prosesnya yang lebih singkat.
“Dulu jalan kaki atau menvnggang motor sambil pegang kayu. Sekarang ni saya tvnggang kuda saja, lembu-lembu ni lebih ‘mendengar kata’ dalam masa 10 minit je,” katanya sambil menambah setakat ini mereka menternak kira-kira 70 ekor lembu, 30 ekor kambing dan 20 ekor kerbau.
Siapa sangka pemuda yang tidak kisah berg3lumang lumpur dan naj1s haiwan ternakan ini sebenarnya merupakan anak kelahiran Kuala Lumpur, malah keluarganya menetap di ibu negara.
“Dari kecil saya selalu ikut ayah balik kampung, tengok ayah jaga lembu ternakan setiap minggu, lama-kelamaan minat saya dalam penternakan semakin mendalam membuatkan saya sanggup balik kampung,” ujarnya yang turut membekalkan daging lembu.
Azim (kiri) bersama abang.
Menurut Azim, tidak dinafikan tindakannya yang keluar dari zon selesa di kota dan bekerja di kandang di kampung mengejutkan banyak pihak sehingga menjadi pertik4ian.
“Ayah banyak beri sokongan supaya jangan hiraukan kata-kata neg4tif, terus maju ke depan dan berfikiran positif. Ment4l dan fizikal juga kena kuat.
“Mula-mula ada yang tak nampak usaha saya, tanya boleh berjaya ke menternak lembu. Kawan-kawan ayah yang juga penternak lembu berjaya menjadi pembakar semangat.
“Purata pendapatan bulanan saya dianggarkan lebih RM4,000, boleh mencecah RM80,000 pada musim Hari Raya untuk ibadah korban. Tapi pengalaman itu paling bernilai,” katanya.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network
Sumber: Mstar
via Sinar Viral Network
0 Comments