KEKANGAN untuk melancong atau melakukan aktiviti outdoor sejak dua tahun lalu g4ra-g4ra p4ndem1k C0vldl9 membuatkan rata-rata warganet membuat perkongsian ‘throwback’ di media sosial bagi melepaskan rindu.
Begitu juga dengan wanita ini yang berkongsi momen tidak dapat dilupakan ketika melakukan aktiviti mendaki gunung (hiking) dan meneroka keindahan air terjun di dalam hutan.
Video yang dikongsi di aplikasi TikTok memaparkan aktivitinya bersama rakan-rakan menyelam di ‘port’ menarik di sebuah air terjun yang jernih mengundang keterujaan netizen.
Berjaya menawan puncak Gunung Berembun.
“Cuba teka, pergi mana diaorang?” tulisnya pada kapsyen video yang sehingga kini meraih 6.1 juta jumlah tontonan!
Berkongsi cerita dengan mStar, Siti Nursoleha Hitam berkata video berkenaan diambil ketika dia dan rakan-rakan dari Universiti Malaysia Terengganu (UMT) menyertai aktiviti mendaki Gunung Chemerong, Berembun, Langsir (CBL) di Hulu Dungun, sekitar tiga tahun lalu.
“Sebelum ni saya hiking bukit saja… itu adalah pertama kali saya sertai hiking gunung. Memang mencabar fizikal dan ment4l. Trek sepanjang naik ke gunung sangat menc4bar.
“Ambil masa sekitar tujuh hingga lapan jam untuk sampai ke puncak yang ada Air Terjun Chemerong. Memang lawa sangat! Berbaloi dapat lihat keindahan air terjun selepas berjam-jam mendaki. Air pula sangat sejuk.
“Port yang kami menyelam seperti dalam lubang tu, sebenarnya ia taklah sedalam yang disangka atau ada laluan tembus ke kawasan lain di situ. Bila kita selam, autom4tik ia akan menolak kita ke atas semula.
View this post on Instagram
“Nak tergelak juga baca komen netizen. Sengaja saya upload video separuh dulu dan letak kapsyen nak trigger perasaan tertanya-tanya mereka. Ada yang komen ‘dah pergi ke alam di sebalik m4ta’ dan lain-lain. Sampai ramai DM minta saya cepat-cepat upload sambungannya,” ceritanya sambil ketawa kecil.
Menurut wanita yang senang disapa sebagai Yong ini, dia baru sahaja membuka akaun TikTok namun tidak menyangka menerima sambutan luar biasa daripada netizen.
“Sebenarnya saya buka akaun TikTok sebab nak buat bisnes online. Mula-mula tu saya buat live namun sambutan sangat h4mbar. Sebelum tidur, saya saja upload video masa sedang hiking ke Air Terjun Chemerong.
Kepen4tan mendaki gunung berbaloi apabila dapat menikm4ti keindahan air terjun.
“Esoknya bila bangun, hairan kenapa banyak sangat notifikasi masuk. Rupa-rupanya video pertama yang saya upload tu viral. Saya pun sunting dan upload video di air terjun tu dipecahkan kepada beberapa bahagian.
“Tak sangka kesemua empat video yang saya kongsi tu raih tontonan yang tinggi dengan dua daripadanya raih jutaan views. Seronok sangat baca komen netizen yang teruja dengan keindahan lokasi kami pergi.
“InsyaAllah, selepas ini saya akan upload video ‘awan karpet’ iaitu gumpalan awan yang sangat indah sewaktu di atas puncak Chemerong,” ujar graduan jurusan Pengurusan Pelancongan ini lagi.
Memang lawa sangat! Berbaloi dapat lihat keindahan air terjun selepas berjam-jam mendaki. Air pula sangat sejuk.
SITI NURSOLEHA HITAM
Bercerita lebih lanjut, Yong berkata dia sendiri tidak menyangka sudah ‘jatuh cinta’ dengan aktiviti hiking selepas menyertainya kali pertama ke gunung berkenaan.
“Sebenarnya sebelum ini saya lebih suka diving (menyelam), namun kini dah bertambah lagi satu hobi iaitu hiking. Rindu sangat nak buat aktiviti outdoor. Sekarang ni bekerja di Kuala Lumpur, hanya mampu tengok bangunan konkrit saja.
“Kali terakhir saya hiking adalah pada Disember 2020 iaitu ke Gunung Datuk di Negeri Sembilan. InsyaAllah jika kelonggaran diumumkan nanti, saya bercadang nak t4wan Gunung Stong di Kelantan pula.
Menikm4ti pemandangan ‘awan karpet’ di puncak gunung.
“Seronok sebenarnya hiking ni… dapat merasai keindahan alam semula jadi. Bagi yang nak cuba berjinak-jinak dengan hiking, saya cadangkan cuba dahulu hiking di bukit untuk bina stamina sebagai persediaan hiking ke gunung.
“Sebab hiking ke gunung ni memerlukan stamina yang tinggi serta mencabar fizikal dan ment4l. Kalau tak kena gaya, ment4l ‘koy4k’ sebelum sampai puncak. Tapi bila dah berjaya, segala penat lel4h terasa berbaloi,” ujarnya lagi.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network
Sumber: Mstar
via Sinar Viral Network
0 Comments