Isu Baitulmaqdis : Indonesia Panggil Duta AS Minta Penjelasan


Indonesia melalui Menteri Luar Negerinya, Retno Marsudi memanggil Duta Besar Amerika Syarikat (AS), Joseph Donovon sekali lagi bagi meminta penjelasan berhubung tindakan Presiden Donald Trump mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara kepada negara haram Israel.

Menurut jurucakap Kemeterian Luar, Arrmanatha Nasir seperti yang dilaporkan agensi berita Antara berkata, Donovon dipanggil bagi meminta penjelasan mengenai sebuah laporan yang disiarkan di laman web kedutaan itu selepas mendakwa AS berunding dengan semua pihak termasuk dengan Indonesia sebelum mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung pengiktirafan tersebut.

Retno bagaimanapun menafikan bahawa negara republik ada membuat perundingan dengan negara kuasa dunia tersebut berhubung isu yang menimbulkan amarah umat Islam di seluruh dunia.

"Saya ingin tegaskan bahawa rundingan itu tidak pernah diadakan. Apa yang berlaku ialah Indonesia memanggil Duta Besar untuk menyampaikan pendirian kami untuk disampaikan kepada kerajaannya," katanya.

Retno pada masa yang sama turut mengulangi pendirian teguh Indonesia bahawa Indonesia mengutuk dan membantah tindakan AS memindahkan kedutaannya dari Tel Aviv ke Baitulmaqdis, yang mana secara tidak langsung dilihat sebagai mengiktiraf bandar suci itu sebagai ibu negara Israel.

Katanya lagi, Indonesia dengan tegas mengatakan bahawa yindakan sedemikian melanggar resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu selain menjejaskan preoses damai Palestin - Israel.

Sumber : BERNAMA

Post a Comment

0 Comments

loading...