Tindakan Tak Bermaruah! Ini Malaysia Bukan Xinjiang China

Majikan atau pelaku mesti dihukum dengan hukuman setimpal
BANGI – Tindakan seorang majikan membelasah dua pekerja Islam kerana berpuasa sangat melampau, kata aktivis kemanusiaan, Prof Dr Zainur Rashid Zainuddin.

“Bayangkan, kejadian ini berlaku di Malaysia, bukan di Xinjiang, China atau negara asing lain.

“Dua orang pengawal peribadi telah dibelasah, bahkan telah diacukan pistol oleh majikannya hanya kerana mereka berpuasa di bulan Ramadan.

“Ini tindakan tidak bermaruah dan tidak berperikemanusiaan. Mesti dihakimi dan dibalas dengan hukuman yang sewajarnya,” katanya dalam satu kenyataan ringkas.

Semalam, tular di media sosial, dua pekerja dibelasah dan diacukan pistol oleh majikan yang bukan beragama Islam, hanya kerana mereka berpuasa.

Kedua-dua mangsa dilaporkan mengalami lebam pada bahagian belakang badan.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, mangsa terbabit bekerja di sebuah syarikat dan dilantik sebagai pengawal peribadi kepada suspek dan sudah berkerja selama tiga hingga tujuh tahun lalu.

Katanya, punca kejadian dipercayai akibat suspek tidak suka mereka berpuasa pada bulan Ramadan dan memaksa mereka untuk tidak berpuasa.

“Suspek telah merampas sepucuk pistol jenis Glock milik seorang daripada mangsa dan mengacukannya ke arah mangsa sambil membuat ugutan bunuh,” katanya. - ismaweb.net
Tindakan Tak Bermaruah! Ini Malaysia Bukan Xinjiang China

Post a Comment

0 Comments

loading...