‘Sembahyang Lima Waktu Tapi..’ – Sharifah Shahira

Penyampai radio dan aktres terkenal Sharifah Shahira tidak ambil peduli dengan cemvhan yang dilemp4rkan terhadap adiknya, Sharifah Sakinah setelah berita pencer4ian tersebar. Sharifah Shahira akui sebagai seorang selebriti, Sakinah perlu menerimanya dengan hati yang terbuka.

Sembahyang tapi busybody

Benda ini tak jadi lagi dekat batang hidung mereka. Sembahyang lima waktu tapi sibuk hal orang lain buat apa. Apa yang bezakan adalah mereka bukan selebriti. Saya tak kisah langsung dengan orang macam ni.

Yang ser4ng Sakinah dia baru ada dekat muka bumi ini tiga hari. Macam suami dia tak ada perempuan lain. Kononnya dia sembahyang lima waktu, dia paling baik.

Sharifah Shahira yang dihubungi Astro Gempak berkata, mereka yang mencemuh ini selamat kerana orang tidak tahu kehidupan dia dan kena ingat bukan mereka saja di dunia ini.

Menurut Sharifah Shahira lagi, perkara sebegini mungkin jarang berlaku pada diri mereka sendiri dan dia tidak langsung ambil pusing dengan kata-kata yang dikeluarkan orang terhadap adiknya itu.

Sharifah Shahira yang lebih mesra dikenali sebagai Shiera berkata, pencer4ian itu merupakan antara proses pembelajaran buat Sakinah sendiri dan berharap dengan kejadian ini ia mampu membuatkan Sakinah lebih matang dalam kehidupan.

Tak payah sibuk hal orang

Ada keuntungan juga kepada Sakinah. Disebabkan dia public figure ramai yang suka dengan dia. Ada yang mendoakan. Orang yang kenal rapat lebih tahu tentang diri Sakinah.

Kadang-kadang lepas bercer4i ini, kita akan lebih matang cuma akan mengambil sedikit masa. Dia akan menyesal dan belajar daripada pengalaman lalu. Itu untuk Sakinah.

Yang netizen di luar sana macam mana pulak? Banyak lagi boleh belajar asalkan tak sibuk dengan kehidupan orang lain.

Tambah Shiera, banyak lagi perkara yang boleh dijadikan teladan dari sibuk menjaga tepi kain orang lain, malah dia juga sempat menyind1ir tingkah laku netizen yang terus-menerus menghent4m adiknya itu.

Sakinah sebelum ini mengumumkan rumah tangganya berakhir pada bulan Mei lalu setelah 5 tahun berkahwin dan telah dikurniakan seorang anak yang sudah berumur 3 tahun.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber : OHBULAN



via Sinar Viral Network

Post a Comment

0 Comments

loading...