Rumah Amitabh Bachchan diisytihar zon larangan, kini ditutup untuk kerja pembersihan

KEDIAMAN pelakon Bollywood Amitabh Bachchan di Juhu, Mumbai, India ditutup bagi tujuan pembersihan selepas aktor veteran dan beberapa ahli keluarganya disahkan pos1tif Cov1d-19 pada Ahad.

Pihak berkuasa tempatan, Brihanmumbai Municipal Corporation (BMC) mengisytiharkan tempat tinggal aktor itu sebagai zon larangan.

Seperti dipetik Wionews, pihak BMC juga meletakkan sepanduk di depan rumah bintang Kabhi Khushi Kabhie Gham dan menutup laluan keluar masuk di kawasan itu.

Kediaman Amitabh Bachchan ditutup untuk kerja pembersihan. – FOTO ANI

Pihak BMC turut melakukan kerja-kerja pembersihan cecair anti v1rus di rumah berkenaan.

Sebelum ini, dunia hiburan dikejutkan dengan pengumuman Amitabh dan anaknya Abhisek di laman sosial bahawa mereka disahkan pos1tif Cov1d-19 dan sedang dir4wat di Nanavati Super Speciality.

Pada malam Ahad, menantunya Aishwarya Rai dan anak Aaradhya Bachchan turut disahkan pos1tif v1rus berkenaan dan menjalani kuarantin di rumah.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: Mstar



via Sinar Viral Network

Post a Comment

0 Comments

loading...