Dapat Hadiah BMW, Ini Kata2 Ibu Neelofa, Noor Kartini Buat Ramai Masuk Komen

IBU kepada selebriti terkenal Neelofa iaitu Datin Noor Kartini menerima sebuah kereta mewah BMW daripada suaminya Datuk Abdul Halim Khan Lall Khan sempena ulang tahun ke-54 pada 8 Julai lalu.

Noor Kartini atau nama sebenarnya Noor Kartini Noor Mohamed meluahkan rasa syukur dan terharu bukan disebabkan hadiah berkenaan sebaliknya usaha suami merancang kejutan istimewa itu.

“Alhamdulillah syukur… kasih sayang dari zat kekuasaanmu ya Allah terpancar seluruh ke jiwa-jiwa yang berdamping denganku.

Noor Kartini berkongsi perkara itu di Instagram.

“Ini adalah rahsia kekuasaan dalam gengamanmu yang tidak pernah terfikir di fikiran makhluk. Alhamdullilah ya Allah, mashaAllah hari ini (Ahad) menerima kejutan daripada suamiku tercinta.

“Yang terharu bukan kejutan atau hadiah tapi usahanya yang membuatku cukup-cukup terharu. Love you sayang. Kaulah sinar hidupku dan kebahagiaanku,” kata Noor Kartini.

Usahawan terkenal itu juga memuat naik foto hadiah kereta mewah jenis BMW itu di laman Instagram miliknya.

Suami Noor Kartini hadiahkan kereta mewah sempena hari lahirnya.

Ruang komen di perkongsian tersebut turut dipenuhi dengan kata-kata ucapan hari lahir dan doa buat Noor Kartini dan suaminya.

Dalam pada itu, Noor Kartini juga mendoakan agar Allah sentiasa melindungi dan memberkati rezeki suaminya serta dikurniakan kesihatan yang baik.

“Semoga Allah merahm@ti, sentiasa menyayangi serta melindungmu dan memberkati rezekimu sayang dengan kesihatan yang afiyah… amin. Love you sayang,” ujarnya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

[ BERTAMBAH USIA & KASIH SAYANG ] . Alhamdullilah semalam semakin bertambah usia saya , terima kasih banyak atas ucapan dan hadiah yang diberi. . Tapi antara perkara terbaik adalah saya mendapat banyak ucapan dan doa untuk saya.Amiin Allahumma Amiin. Satu satu doa saya baca dan maaf jika ada tidak sempat reply tapi saya ucapkan jutaan terima kasih banyak kepada semua. . Semakin bertambah usia dan semakin bertambah kasih sayang dari suami, anak anak dan semua, Syukur hanya saya mampu panjatkan kepada Allah SWT. . Terima kasih pada yang meraikan hari lahir saya. . Semoga saya terus diberi kesihatan yang baik dan rezeki yang melimpah ruah untuk saya bantu orang lain juga. . Salam Sayang buat semua.

A post shared by Noor Kartini Noor Mohamed (@noorkartini) on

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber : Mstar



via Sinar Viral Network

Post a Comment

0 Comments

loading...