16 Mac - PLUS Malaysia (PLUS) akan berhenti mengeluarkan resit tol di semua plaza tol kendaliannya mulai 19 Mac ini, lapor Awani
Ketua Pegawai Operasi PLUS Datuk Zakaria Ahmad Zabidi berkata langkah itu diambil untuk mengelakkan kesesakan kenderaan keluar ke lebuh raya.
"Matlamat pelaksanaan transaksi tol secara elektronik sepenuhnya yang lebih pantas dan mudah sukar dicapai sekiranya masih terdapat sesetengah pengguna lebuh raya masih mahu mencetak resit tol bagi perjalanan mereka.
"Tindakan itu akan menyebabkan kesesakan di lorong terbabit dan akan mengganggu perjalanan pengguna di lorong berhampiran," katanya dalam kenyataan hari ini.
Zakaria menyarankan pengguna mendaftarkan kad PLUSMiles atau Touch 'n' Go mereka di www.plusmiles.com.my atau www.touchngo.com.my bagi membolehkan mereka mencetak penyata transaksi elektronik.
Bagi kenderaan berat atau kenderaan komersial, penyata transaksi mereka dapat diakses apabila mendaftar menerusi program PLUSTrack. - Siakapkeli.my
0 Comments