Jabatan Meteorologi Malaysia semalam telah mengesahkan kawasan di selatan Semenanjung sedang mengalami penurunan suhu serendah 21 darjah Celsius. Negeri Sembilan merekodkan suhu terendah itu sejak tengah malam sehingga awal pagi.
Menurut Ketua Pengarah Meteorologi, Alui Bahari memaklumkan bahawa ia adalah fenomena biasa ketika musim monsun timur laut.
Tambahnya lagi, penurunan suhu ini turut dirasai beberapa negeri seperti Selangor, Melaka, Pahang dan Johor disebabkan oleh keadaan berawan dan hujan renyai.
“Cuaca mendung, hujan berterusan dan pergerakan tiupan angin sejuk monsun timur Laut merupakan antara faktor cuaca sejuk yang melanda beberapa negeri di Semenanjung sejak semalam.
“Cuaca sejuk ini berlaku terutamanya di kawasan pedalaman dan daratan dengan sejak tengah malam semalam hingga awal pagi ini, stesen meteorologi dari selatan Semenanjung hingga ke Johor mencatatkan suhu 22 darjah Celsius minimum dan maksimum 25 darjah Celsius berbanding suhu biasa 30 hingga 31 darjah Celsius,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
“Kita jangka keadaan akan kembali normal hari ini selepas hujan reda,” katanya menambah fenomena itu tidak melanda negeri-negeri di utara Semenanjung. – BERNAMA.
lagi info di : edisiviral.com
0 Comments