Gua Kristal Terbesar Di Dunia



Gua Kristal adalah sebuah gua yang menghubungkan dengan Lombong Naica terletak di Chihuahua, Mexico.

Ruang utama gua mengandungi kristal selenite terbesar yang pernah ditemui. Kristal palingbesar pernah dijumpai di gua ini adalah berukuran 12 meter panjang dan 4 meter lebar dengan berat mencapai lebih 55 tan.

Disebabkan suhu gua yang sangat panas mencecah sehingga 58 darjah celcius dengan 90 hingga 99 peratus kelembapan, ia menjadi antara faktor utama mengapa gua ini belum diterokai sehingga kini. Meskipun gua ini telah terbentuk sejak ribuan tahun lalu, namun ia hanya ditemui pada tahun 2000 oleh sebuah syarikat perlombongan Mexico, Penoles, ketika kerja-kerja menggali terowong dilakukan.

Pada tahun Februari 2011, sebuah program Discovery Channel berjudul Naica: Beyond The Crystal Cave telah diterbitkan.

Difahamkan, gua ini hanya boleh dilawati di bawah pengurusan profesional sahaja. 






Koleksi video tontonan 13 tahun keatas sahaja

Post a Comment

0 Comments

loading...