"Allah Dah Bagi Honeymoon 10 Tahun Berdua", Adam Corrie Kongsi Kegembiraan Bakal Timang Cahaya Mata Dan Kisah Penantiannya Selama 10 Tahun


Setiap pasangan yang sudah berumah tangga pasti mempunyai keinginan memiliki cahaya mata.  Namun, kita harus sedar, bahawa anak adalah hak Allah, sebanyak mana kita berusaha tapi jika belum masanya, Allah maha mengetahui.

Mungkin masih ada yang perlu kita perbetulkan dalam hidup sebelum betul-betul bersedia memegang tanggungjawab yang lebih besar iaitu membesarkan seorang anak.  Paling penting niat untuk memiliki cahaya mata itu perlu seiring dengan 'Cinta Allah' yang menjadikan anak-anak kita sebagai penentu syiar agama Allah.

Bersabarlah terhadap ketetapan Allah.  Ingatlah akan kesabaran nabi Zakaria, keluarga Imran serta nabi Ibrahim. Mereka selalu bersabar, ikhlas & tak pernah berhenti berdoa kepada-NYA hingga waktu yang sangat lama.  Mereka semua hamba2 Allah SWT yang bersegera dalam mengerjakan perintah-NYA. Hingga akhirnya, Allah SWT mengabulkan doa mereka dengan melebihi dari apa yang mereka minta, iaitu keturunan yang soleh & solehah.  Allah SWT abadikan kisah mereka untuk teladan bagi kehidupan kita.

Adam Corrie, seorang pelakon lelaki Malaysia yang ramai diantara kita mengenali beliau dengan watak antigonis sebagai Dragon dalam filem KL Gangster.  Dilahirkan dalam keluarga berbangsa Cina dan beragama Islam ketika berusia 39 tahun, kerana mendapat hidayah ketika didalam mimpi.
Bermimpi seperti berada di syurga, lalu didatangi seorang yang bercahaya putih, mukanya bersih tersenyum. Ia memberi satu ketenangan yang amat ketika itu. Insan tersebut seperti memberitahu Islam adalah pegangmu.  Tahun 2008, adalah tahun yang amat bermakna buat beliau kerana telah mengikat tali pernikahan dengan seorang wanita dan bidadarinya,  Fazema Mohd. Fuad selepas hanya 2 bulan berkenalan.
Usia perkahwinan mereka sehingga hari ini telah menginjak sebanyak sedekad lamanya.  Walau pun begitu, belum rezeki mereka untuk dikurniakan cahaya mata sepanjang perkahwinan tersebut.  Tanpa jemu berdoa dan berusaha sehingga mengalami keguguran beberapa kali, pasangan ini masih sabar.
Semalam, 7hb Mac 2018, penantian mereka akhirnya berakhir.  Adam Corrie dilihat berkongsi kegembiraan itu melalui laman Instagram miliknya selepas mengetahui, isteri tercinta sedang mengandungkan cahaya mata sulung mereka.
Alhamdulillah 10 tahun bukan tempoh masa yang singkat.

"Sebenarnya, isteri saya dah tiga kali keguguran dan saya juga tak berhenti berdoa dan berusaha."




"Jadi, saya perlu bersabar dan terus berdoa kerana ALLAH suka mendengar doa hambanya," katanya.

Alhamdulillah.. syukur ke hadrat ilahi atas kurniaanMu..

Terima kasih juga kepada semua yang mendoakan kebahagian kami. Alhamdulillah

Allah dah bagi honeymoon 10tahun berdua. InsyaAllah kelak bertiga pula.

“Ya Allah, semoga Engkau jadikan bayi ini sihat, sempurna, berakal cerdas dan mengerti dalam urusan agama. Ya Allah semoga Engkau memberikan kepada bayi ini umur yang panjang, sihat jasmani dan rohani, bagus budi perangainya, fasih lisannya. 

Serta bagus suaranya untuk membaca dan Al Quran Dan tinggikanlah darjat. Dan luaskanlah rezeki. Dan jadikanlah bagi manusia yg selamat di dunia dan akhirat dan taat pada agama dan Allah.

Kami doakan juga pasangan yang masih berusaha dapatkan zuriat berikan zuriat yang soleh dan solehah..

Aamin allahumma aamin
Senyum selalu
Selalu bersangka baik
InsyaAllah hati tenang
I love you @puan_fazi_fuad




Tahniah Adam Corrie, semoga dikurniakan bayi yang sihat dan dimudahkan urusan ibunya nanti.  Kepada pasangan yang masih menanti, jangan berhenti berharap.  Allah swt itu maha mengetahui masa yang sesuai untuk mengurniakan anda rezeki paling agung itu.  Jika ada sahabat yang belum dikurniakan anak, tidak perlu bertanya, sebaiknya mendoakan kesejahteraan mereka.  Itu lebih baik.  Semoga urusan kita dipermudahkan.

Post a Comment

0 Comments

loading...