"Anak-Anak Dapat Lukis Batik Sendiri, Ada Demontarsi Ukiran Kayu, Tembikar" Lelaki Kecewa Pameran Kraftangan Anak Tempatan Dipandang Sepi


Kraf tangan negara merupakan satu khazanah yang cukup hebat dan tidak ternilai yang kita miliki, ramai pelancong-pelancong datang ke negara kita berpusu-pusu mencari kraf tangan kita untuk dijadikan sebagai tanda kenangan apabila mereka pulang ke negara mereka nanti.

Namun, kraf tangan anak Malaysia yang begitu unik ini sebenarnya terlalu dipandang sepi oleh orang kita sendiri, mungkin bagi kita kraf tangan orang luar lebih bernilai kononnya tidak boleh didapati di tempat lain.

Perasaan sedih itu disuarakan oleh seorang lelaki yang tidak mahu namanya disiarkan, beliau telah menghantar mesej ke inbox Siakap Keli, beliau menyatakan rasa kecewa kerana katanya ketika ini berlansung Hari Kraftangan Kebangsaan 2018 iaitu pameran kraf tangan terbesar di Malaysia yang menampilkan ratusan usahawan anak tempatan mempamirkan produk dan kebolehan mereka.

Jom kita baca luahan beliau.

Assalamualaikum Admin SK, tolong jangan dedah profile saya..

Hari ini 23/3 saya berkesempatan pergi ker Pusat Kraftangan Negara di Jalan Conlay di mana saya dapat tahu ada pameran kraftangan dari sebuah stesen tv tempatan semalam.

Kebetulan juga saya memang nak sangat-sangat datang melihat hasil-hasil seni anak-anak tempatan kita ini, sebab memang berminat dengan seni pembuatan kayu.

Melangkah masuk ke dewan pertama, tak tahu dewan A, B atau C, sebab ada 3 dewan besar tempatkan bahan jualan dan pameran, dewan ini ada pelbagai jenis jualan berasaskan baju-baju tradisional, memang bermacam-macam pakaian dijual, rasa macam dekat Vietnam, tapi bezanya Vietnam penuh orang Malaysia, tapi kat Malaysia sunyi sepi. Gambar saya ada sertakan SK boleh tengok sendiri.












Selepas cuci mata dengan baju batik, songkek, kurung, tudung dan pelbagai lagi, saya pun terus ke dewan kedua, yang ini sungguh menarik perhatian saya, masuk-masuk terus saya disambut oleh binaan separuh siap sebuah rumah kayu kampung, sangat-sangat teruja, siap boleh naik berdiri bergambar atas rumah tu.

Di bahagian ini begitu banyak seni kraftangan berunsurkan kayu, besi, tembikar, tempurung kelapa, mengkuang dan pelbagai lagi dipamerkan di sini, rasa memang teruja sangat-sangat, rugi sangat-sangat-sangat kalau tak datang sini.

Diruangan ini, tetamu yang hadir akan disajikan dengan pelbagai kraftangan anak-anak tempatan, seni pembuatan kayu amat unik dan menarik, meja-meja yang dihasilkan dari kayu balak memang menarik perhatian saya.





















Ternyata saya sungguh teruja di dalam dewan ini, tapi malangnya tidak ramai orang yang ada, kenapa? sedangkan khazanah berharga negara sedang terkumpul di Pusat Kraftangan Negara ini.

Selepas selesai membeli 5 jenis barangan termasuk pisau dan bekas rempah, saya meneruskan perjalan ke dewan ketiga, dalam dewan ini pun saya disambut dengan satu permandangan yang cukup menarik, di sini kita boleh melihat demontrasi mengukir kayu, membentuk cincin dan pelbagai lagi, tapi tak sempat nak lihat proses penghasilan pasu atau labu sayong.















Selepas tu, saya berjalan ke satu lagi bahagian di luar dewan, di sini terdapat beberapa pondok di mana orang ramai dapat mencuba sendiri proses penghasilan beberapa kraftangan, saya sempatlah masuk ke pondok penghasilan batik.

Apa yang menarik, orang ramai dapat mencuba sendiri pengalaman melukis dan mewarna batik dan boleh di bawa balik dengan dikenakan sedikit bayaran.

Kalau bawa anak-anak sempena cuti sekolah ni memang terbaik, lokasinya memang sesuai untuk bawa anak berjalan dengan pendedahan aktiviti luar seperti mewarna batik ini.








Selepas dah letih berjalan, saya terus pergi ke kawasan jualan makanan, boleh tahan juga sebab ada hampir 20 gerai makanan disediakan termasuk food truck, dapatlah try laksa telur sarang yang viral di laman sosial tu dengan segelas air kelapa laut.













Pengalaman di sini memang menarik, tidak akan dijumpai di tempat lain.kahazanah budaya kita terkumpul di Jalan Conlay, Kuala Lumpur ini, cuma saya sedikit kecewa kerana tidak ramai pun orang kita yang datang, nasib ada mat n minah saleh yang datang meramaikan pameran ini.

Jadi, saya menyeru kepada netizen, hari free terutamanya Sabtu Ahad ini, mai lah ke sini beramai-ramai, tak rugi, memang best, masuk free jer, barang yang dipamer dan dijual pun tak akan anda jumpa ditempat lain.

Event ni tak lama, mula 22 Mac semalam sampai 1 April 2018 ini, jam 10 pagi- 10 malam.

Akhir kata, terima kasih SK kalau ketengahkan luahan dan cerita pengalaman saya ini, semoga panjang umur dan dipermudahkan segala urusan anda, kepada orang ramai, saya sudah datang, anda bila lagi.

Assalamualaikum.






- Siakapkeli.my

Post a Comment

0 Comments

loading...