Selalukan kalau basuh tupperware tapi bau dia masih ada lagi? Apatah lagi jika bekas tupperware itu digunakan untuk menyimpan makanan yang berminyak dan sambal. Bau cili menusuk ke hudung.
Biasanya segelintir daripada kita akan rendam terlebih dahulu bekas plastik tersebut sebelum dibasuh untuk nyahkan minyak yang melekat, tapi kali ini kita kongsi cara lain yang lebih berkesan dan pastinya bekas plastik kita bau sedap!
1. BAKING SODA
Guna baking soda atau serbuk penaik untuk menyerap dan hapuskan bau. Cara ini paling berkesan!
Caranya mudah, campurkan soda dengan air suam, kemudian gosokkan pada bahagian dalam bekas makanan yang berbau, biarkan seketika dan bilas. Jika masih bebau, biarkan ia terendam didalam larutan sodak penaik dengan lebih lama, atau lebih kurang semalaman.
2. SURAT KHABAR
Gunakan surat khabar lama yang telah diramas dan direnyukkan. Sumbat kedalam bekas makanan yang kering dan telah dicuci, tutup penutupnya dan biarkan semalaman.
Jangan lupa cuci dan bilas sedikit bekas tersebut sebelum menggunakannya kembali.
3. CUKA
Selain bahan diatas, cuka juga merupakan ejen pencuci semulajadi yang efektif.
Setelah mencuci bekas makanan tersebut dengan sabun pencuci, tuang cuka dalam bekas dan biarkan selama 3 minit untuk hilangkan bau.
Kemdua, buang cuka dan bilas semula dengan sabun dan bilas bersama air.
4. GARAM
Selepas cuci bekas makanan, tabur secubit garam dan tutup bekas selama 1-2 jam. Secara semula jadi, garam akan bertindak menyah bau makanan atau minuman yang masih tertinggal.
5. PERAHAN LIMAU NIPIS/LEMON
Perah limau dan gosok keseluruh bahagian dalaman bekas. Biarkan sebentar sekitar 2-3 minit dan bilas semula dengan air bersih.
Bukan saja mewangikan, malah lemon membantu menghilangkan kotoran jika digunakan bersama garam.
6. SERBUK TEH
Satu lagi bahan semula jadi adalah serbuk teh. Samada menggunakan serbuk yang sudah digunakan atau belum letak uncang/serbuk teh didalam bekas dan tutup bekasnya sehingga hilang bau.
Siakapkeli.my
Sumber: Impiana
0 Comments