(Video) Mudah Buat Untung, Zoo 'Tipu' Pengunjung Dengan Letak Belon Sebagai Ganti Penguin


Sebuah zoo di China terpaksa ditutup selepas 'menipu' para pengunjung dengan meletakkan belon penguin sebagai ganti kepada haiwan sebenar tersebut.

Dalam kejadian tersebut, Zoo Guishan telah menganjurkan sebuah pameran selama dua hari membabitkan tayangan haiwan-haiwan liar namun pengunjung yang tiba berang kerana haiwan yang dipamerkan hanyalah ayam, angsa dan kura-kura.

Insiden tersebut ternyata menjadi isu panas di media sosial negara tersebut apabila netizen mendakwa pengunjung yang berkunjung ke zoo tersebut seolah-olah dilayan sebagai orang 'bodoh'.


Beberapa gambar yang disiarkan oleh media tempatan negara Tembok Besar itu menunjukkan 10 belon penguin dengan terdapat haiwan lain seperti angsa, kura-kura, ayam dan monyet sejak pameran itu dibuka kepada umum pada 25 November.

Pihak pengurusan juga dikatakan meletak papan tanda yang menyatakan bahawa buaya juga adalah sebahagian daripada haiwan yang akan dipamerkan di zoo tersebut.

Pengunjung bagaimanapun mendapati haiwan seperti kura-kura dan 'penguin belon' hidup bebas di dalam kolam itu walaupun papan tanda amaran diletakkan bersebelah dengan kolam buaya tersebut.



Menambah lagi rasa marah pengunjung apabila perlu membayar sebanyak 15 Yuan (RM 9) seorang sebelum dibenarkan menyertai pameran ''Penguin Dari Kutub Selatan'' dan kura-kura peramal nasib.

Bercakap kepada media, pemilik zoo tersebut bagaimanapun menyalahkan pihak lain apabila mendakwa bahawa pameran tersebut dianjur dan dikendalikan oleh pihak ketiga yang hanya dikenali sebagai Mr Wang.

Dia yang enggan dikenali juga mendedahkan bahawa terkejut apabila mendapati penguin yang dipamerkan di zoo miliknya hanyalah belon yang diisi dengan angin.

''Ini bukanlah seperti perjanjian yang kami persetujui di peringkat awal. Saya cuma tahu perkara ini pada hari pameran ini dibuka namun sudah terlambat apabila pengunjung sudah pun tiba,'' kata wanita tersebut.

Wanita tersebut juga memberitahu unggas yang dikatakan oleh pengunjung tersebut bukanlah sebahagian daripada pameran sebaliknya angsa dan itik tersebut akan dijadikan makanan kepada buaya yang sepatutnya dipamerkan.



Insiden tersebut menyebabkan zoo tersebut mendapat ulasan negatif daripada pengguna hingga menyebabkan pihak pengurusan terpaksa menutup operasi selepas lima hari pameran itu dibuka. Malah, para pengunjung yang sudahpun membuat bayaran mendesak agar wang tersebut dipulangkan kembali kerana mendakwa tertipu dengan iklan palsu pameran tersebut.

Pemilik zoo tersebut bagaimanapu memberitahu bahawa Mr Wang tidak dapat dihubungi semenjak insiden tersebut mendapat liputan meluas.

''Saya berharap Mr Wang dapat tampil ke depan dan memberi penjelasan sepatutnya kepada orang ramai'', katanya lagi.

Pengunjung yang marah kemudiannya membuat kenyataan balas dengan menjadikan platform Weibo sebagai tempat untuk menyatakan rasa tidak puas hati.

''Adakah kami kelihatan seperti orang bodoh? Adakah mereka fikir kami tidak dapat membezakan penguin sebenar dengan penguin palsu?,'' kata seorang pengguna dengan nama Nhuihaoshen.

''Ia seperti ladang ternakan, bukannya sebuah zoo. Tiada haiwan yang sepatutnya di pamerkan di zoo. Ia suatu penghinaan kepada kecerdasan pengunjung,'' kata Chrilllia pula.


Sumber : Daily Mail

Post a Comment

0 Comments

loading...