Air Garam Boleh Dijadikan Lampu



Aisa Mijeno mempunyai keinginan untuk membuat lampu alternative yang boleh bertahan lama untuk boleh menerangi penduduk di Filipina. Dia pun berusaha cuba mencari sumber-sumber lampu yang mesra alam sekitar untuk orang-orang di wilayah pesisir.

Saat sedang berkumpul dengan dengan suku Butbut yang tidak mempunyai akses elektrik, arkitek dan ahli sains ini akhirnya mempunyai idea untuk membuat lampu yang berdaya air garam (salts). Lampu ini boleh menyala selama lapan jam hanya dengan dua sendok  garam dan segelas air.

Cara kerja dari lampu ini sendiri dengan meningkatkan sebatian kimia, pemangkin dan aloi logam yang jika tenggelam dalam elektrolit akan menghasilkan elektrik. Selain memberikan penerangan didapati di kawasan tersebut, lampu ini juga lebih murah berbanding dengan lampu pada umumnya.

Selain itu, lampu tersebut juga lebih selamat kerana tidak mengandungi komponen dan kompaun yang boleh mencetuskan kebakaran. Lampu berdaya air garam juga mesra alam kerana tidak mengeluarkan gas beracun dan meninggalkan jejak karbon yang minimum.

Ketika ini Aisa sedang berusaha mencari cara untuk menghasilkan lampu ini agar tetap awet, ekonomi dan mudah untuk dirawat. SALTS juga dilengkapi dengan USB port yang boleh digunakan untuk mengisi bateri telefon pintar dan barangan elektronik lain. Jika semua sesuai dengan dirancang, Aisa percaya produk ini akan dapat dipasarkan 2016  akan datang.


 

Koleksi video tontonan 13 tahun keatas sahaja

Post a Comment

0 Comments

loading...