Sumbat Remaja Dalam ‘Dashboard’ Kereta Untuk Diseludup Masuk Sepanyol

MADRID – SEPANYOL. Seorang pesara Morroco menyumbat seorang remaja lelaki berusia di bahagian papan pemuka kereta jenis BMW X5 miliknya kerana mahu menyeludup mangsa masuk ke Sepanyol.

Menurut laporan yang di petik dari portal Dailymail, polis berjaya menemui mangsa berkenaan selepas memeriksa kenderaan suspek di sempadan Morocco-Sepanyol menggunakan alat khas yang berfungsi untuk mengesan degupan jantung.

“Polis menemui remaja tersebut ketika pemeriksaan menyeluruh. Seorang anggota rasa seperti ada sekujur tubuh selepas memegang papan pemuka. Anggota tersebut kemudian mengopak bahagian berkenaan,” kata kenyataan dari polis.

Selepas mengopak bahagian papan pemuka berkenaan, polis menemui mangsa dalam keadaan pening dan sukar bernafas, selain kebas dan tidak mampu bergerak kerana posisinya.

Suspek penyeludup yang berusia 65 tahun itu sedang ditahan untuk siasatan dan akan dihadapkan ke mahkamah tidak lama lagi.

Sumber- Dailymail



lagi info di : edisiviral.com

Post a Comment

0 Comments

loading...