Pendedahan Rawatan Resdung Viral, Cacing Yang Keluar Bukan Dari Muka Pesakit Tetapi Keluar Dari Abdomen Lipas

Baru-baru ini terdapat beberapa video yang menunjukan cara rawatan mengeluarkan ulat resdung dari muka pesakit. Dari rakaman tersebut, seorang makcik telah menyampu sesuatu pada wajah pesakit sehingga keluar ulat pada wajah persakit.

Namun, ulat itu dikatakan ulat resdung yang berada pada wajah pesakit. Bagaimanapun, satu laman Facebook Root of Science telah menyatakan ianya adalah cacing dari lipas, mari ikuti penjelasannya.

Rawatan seperti ini banyak dilakukan oleh orang terdahulu. Ia dikatakan untuk merawat masalah resdung yang dipercayai disebabkan oleh ulat resdung. Tuan puan perlu tahu bahawa masalah resdung adalah masalah yang disebabkan alahan. Istilah perubatan disebut sebagai allergic rhinitis.


Ia mempunyai 4 simptom yang tipikal iaitu gatal hidung, selesema, hidung tersumbat dan selalu bersin. Dan simptom ini selalu berlaku ketika waktu pagi ataupun ketika mengalami serangan resdung tersebut.



Alahan bermaksud sel imun badan menjadi terlebih sensitif bila berhadapan dengan beberapa jenis bahan. Setiap orang mempunyai alahan kepada bahan yang berlainan.


Apa benda rawatan resdung keluar ulat ini?



Bahan yang selalu digunakan untuk buat rawatan seperti ini adalah bahagian abdomen LIPAS TANAH. Betul tuan2/puan2. Ianya telah digunakan banyak kali bagi rawatan resdung untuk mengeluarkan cacing yang dikatakan berada pada bahagian muka.


Sebab tu makcik tu mengadu hidungnya gatal. Dia mengalami simptom gatal tersebut kerana resdung tersebut sedang menyerang pesakit


Dan cacing tersebut bukanlah keluar daripada muka pesakit, tetapi daripada badan lipas itu sendiri.
Kajian telah dibuat untuk melihat kandungan parasit dalam majoriti spesies lipas dan keputusan menunjukkan bahawa kebanyakkan daripadanya mengandungi parasit yang banyak.


Oleh itu, janganlah kita memviralkan perkara yang tidak sahih ini lagi.


Sumber – Root Of Science



lagi info di : edisiviral.com

Post a Comment

0 Comments

loading...