Kahwini Suami Orang, Izreen Azminda Dihujani Mesej Berbaur Cacian Dari Peminat

Berita mengenai perkahwinan aktres Izreen Azminda, 32, dengan pemuzik bebas rancangan Gegar Vaganza, Uda masih mengejutkan dan menerima pelbagai reaksi daripada peminat.

Izreen yang dikatakan bakal membuat pengumuman khas mengenai status perkahwinannya dengan uda atau nama sebenarnya Muhammad Radzi Wahid, 29 rupa-rupanya telah berkahwin dengan pemuda yang merupakan suami orang itu.

Menerusi rakaman langsung oleh Utusan Online, isteri kepada pemuzik tersebut, Intan Liana Salih, 30, mendakwa dia mengetahui berita suaminya telah berkahwin dengan aktres tersebut dua minggu lepas dan dia reda dengan keputusan suaminya untuk berpoligami.

Bagaimanapun, perkahwinan aktres dengan pemuzik ini yang diharap mendapat restu dan sokongan ramai menjadi sebaliknya apabila Izreen menerima cacian dan kata-kata kurang sopan dari pengikutnya.

Rata-rata mereka menjadikan laman Instagram peribadi Izreen sebagai tempat meluahkan rasa tidak puas hati selepas berita dia berkahwin dengan lelaki berstatus suami orang tersebar.

Lebih memedihkan, ramai netizen yang melabelkan Izreen sebagai perampas dan perosak rumah tangga orang lain dan mempersoalkan keputusannya untuk berkahwin dengan lelaki yang sudah mempunyai isteri dan dua anak.

Malah ada menyifatkan tindakan pasangan itu berkahwin secara rahsia tidak betul dan sepatutnya Muhammad Radzi memaklumkan kepada isteri pertama terlebih dahulu.

Sementara itu, walaupun ramai mengecam Izreen, namun masih ramai menyokong keputusannya hidup bermadu dan ia adalah ketentuan Allah.

Ramai juga tampil menasihatkan Izreen agar bersabar dalam menempuh dugaan dan berharap perkahwinan keduanya itu akan berkekalan.

Dalam pada itu Izreen dan Muhammad Radzi akan mengadakan majlis doa selamat pada 7 Disember ini di Damansara.

Sumber- mStar Online



lagi info di : edisiviral.com

Post a Comment

0 Comments

loading...