Skuad Tok Gajah Sah Kekal Tolak Tawaran Wakili Malaysia Ke Piala AFC 2018, JDT Wakil Tunggal

Bermula daripada kegagalan Juara Piala FA 2017, Kedah untuk mendapatkan Lesen AFC yang menyaksikan mereka terlepas untuk mengisi satu lagi slot ke Pertandingan Piala AFC 2018 selaku wakil Malaysia, isu ini berlarutan menjadi antara kontroversi panas bola sepak negara untuk musim ini apabila Pahang yang ditawarkan tempat untuk menggantikan Kedah menolak tawaran tersebut.

Hari ini, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) melalui satu kenyataan rasmi oleh Setiausaha Agungnya, Dato’ Haji Hamidin Haji Mohd Amin yang dimuat naik ke laman web organisasi tersebut mengesahkan dengan rasminya bahawa Naib Juara Liga Super 2017, Pahang tidak akan mewakili negara negara untuk saingan Asia tersebut pada tahaun hadapan.

Menurut FAM lagi, keputusan itu dibuat selepas Persatuan Bolasepak Negeri Pahang (PBNP) tidak memberi sebarang maklum balas terhadap tawaran yang dibuat oleh FAM sehingga tarikh tutup yang ditetapkan pada 30 November 2017.

Lebih menyedihkan, Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) menetapkan syarat bahawa slot yang tidak diisi oleh Pahang itu tidak boleh digantikan oleh mana-mana pasukan lain menyaksikan Johor Darul Ta’zim (JDT) muncul sebagai wakil tunggul negara.

JDT selaku Juara Liga Super 2017 akan beraksi dalam pusingan kelayakkan Liga Juara-Juara AFC 2018, sekiranya gagal untuk menempatkan diri dalam saingan tertinggi kelab peringkat Asia itu, JDT secara automatik akan mendapat slot beraksi pada Piala AFC 2018.

Sekiranya JDT berjaya mara ke peringkat kumpulan Liga Juara-Juara AFC, slot Piala AFC akan diisi oleh pasukan Selangor yang kini berada dalam senarai menunggu.

FAM turut memberitahu bahawa majlis undian Liga Juara-Juara AFC 2018 dan Piala AFC 2018 akan diadakan di AFC House, Bukit Jalil pada 6 Disember ini.

Sumber : Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM)



lagi info di : edisiviral.com

Post a Comment

0 Comments

loading...