”Mengalir Air Mata Sambil Mulut Tak Behenti Selawat”, Suami ‘Insaf’ Selepas Temani Isteri Semasa Bersalin

Kepada yang sudah berkeluarga terutamanya buat si suami, pernahkah anda menemani isteri anda di Bilik Bersalin ketika isteri anda sedang bertarung antara hidup dan mati untuk melahirkan penyambung keturunan anda? Bagi yang pernah, sudah tentu jeritan dan tangisan isteri menjadi bunyi paling lantang kedengaran dalam bilik itukan? Alangkah kasihannya, kepayahan yang terpaksa dilalui isteri anda saat-saat itu pasti memberi keinsafan pada sang suami.

Seorang wanita yang dikenali sebagai Izyan Nasir telah memuat naik satu perkongsian yang amat menyentuh hati mengenai pengalaman suaminya menemaninya ketika bersalin. Semoga perkongsian pasangan ini memberi manfaat kepada kita semua terutama buat lelaki yang bergelar suami di luar sana. Kami bawakan perkongsiannya untuk anda dibawah.

Dulu dekat Ahmad, ibu sizer so feeling sedih tu tak berapa sampai. Alhamdulillah kali ni normal. Fuhhh dia punya sayang kat bini bertambah kaw kaw.

Mana tak sayang kita tengok sendiri isteri push ketap gigi-gigi bukan sekali, berkali-kali. Mengalir air mata sambil mulut tak henti bismillah selawat semua. Mai pulak part doktor gunting tu, prapp! Bini kita kot orang gunting.

Sedih wey. Satu ja nak pesan, nak jadi bapak orang nanti. Masuk la labour room teman bagi semangat kat isteri. Bukan sebab nak eksyen bangga sebab jadi suami yang berani ka tak. Tengok sendiri macam mana keadaan tu.

Nanti kot nak bekelai dengan bini dengan mak sendiri boleh la pikiaq-pikiaq balik baloi ka dak bekelai(bertekak) kalau nak banding dengan pengorbanan isteri / mak yang bawak hang 9 bulan, check up klinik hospital sebulan 2 3 kali. Layan contraction 6 7 jam dan separuh mati nak lahirkan hang dan zuriat hang.

Ok, sekian dari suami yang baru insaf semalam. Harap insaf lama la sikit tara nak dapat lain nanti.

Sumber : Izyan Nasir



lagi info di : edisiviral.com

Post a Comment

0 Comments

loading...