Neelofa Dilantik Sebagai Pengarah Bebas Bukan Eksekutif AirAsia Berhad

AirAsia Berhad melantik selebriti, Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor sebagai Pengarah Bebas Bukan Eksekutif.

AirAsia menerusi satu kenyataan di Twitter berkata pelantikan itu dipersetujui oleh ahli lembaganya.

Neelofa sangat bijak, muda dan bebas – iaitu apa yang kami perlukan untuk membantu syarikat sentiasa di hadapan sejajar dengan haluan kami untuk menjadi salah satu syarikat paling maju, dipercayai dan disegani di peringkat global.” kata Ketua Eksekutif AirAsia Group, Tony Fernandes.

Neelofa dalam pada itu berkata dia gembira untuk menerima cabaran terbabit dan berterima kasih kepada ahli lembaga AirAsia.

“Ini bukan pencapaian saya sahaja, malah semua wanita di luar sana.” kata Neelofa.



lagi info di : edisiviral.com

Post a Comment

0 Comments

loading...