Abam Bocey & Pasangan Selamat Bernikah, Sekali Lafaz Sahaja

Pelawak terkenal, Abam Bocey atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan, selamat bernikah dengan pilihan hatinya pada petang ini.

Siti Norhidayah Mohd Ali sah menjadi isteri kepada Abam dengan hanya sekali lafaz pada jam 5.35 petang tadi di  Masjid Jamek Sultan Hishamuddun, Sabak Bernam.

Pada pagi tadi, pasangan ini telah mengikat tali pertunangan sebelum melangsungkan majlis pernikahan sebentar tadi.

Difahamkan, Abam dan Hidayah mula berkawan sejak 2009, sebelum Abam melangkah kaki ke Raja Lawak 6 lagi.

Sumber – Astro Gempak



lagi info di : edisiviral.com

Post a Comment

0 Comments

loading...