Ingat Lagi Balu Allahyarham Bekas Suami Siti Nordiana Rosmunira, Inilah Cerita Terbaru Mengenainya | Penyanyi Siti Nordiana atau lebih mesra disapa Nana yang sebelum ini begitu kecewa dengan keruntuhan rumah tangganya dengan pelakon Faizal Yusop mengakui tidak lagi menyimpan dendam terhadap isteri bekas suaminya, Rosmunira Rashid.
Siti Nordiana mengaku sebelum ini hatinya pernah terluka kerana perpisahan itu sehingga menganggap Rosmunira sebagai penyebab keruntuhan rumah tangganya.
Namun, selepas kematian Faizal pada 1 Januari yang lepas, perasaan tersebut hilang, sebaliknya berubah menjadi simpati.
“Sebelum ini saya beranggapan buruk kepada dia dan tidak pernah terfikir untuk berbaik. Namun ketika kali pertama berjumpanya di Pusat Rawatan Islam pada hari kematian Faizal, perasaan tersebut bertukar menjadi simpati.
“Segala yang saya fikirkan tentang dia selama ini lain sama sekali. Saya menganggap penderitaan dia yang kehilangan suami ketika sedang mengandung lebih perit daripada saya yang diceraikan ketika anak sedang membesar,” katanya.
Mohd Faizal Yusop meninggal dunia di Pusat Rawatan Islam pada 1 Januari lalu kira-kira pukul 1.45 petang akibat serangan jantung.
Allahyarham meninggalkan seorang balu, Rosmunira yang sedang mengandung 5 bulan dan seorang anak lelaki hasil perkahwinan terdahulu dengan Siti Nordiana iaitu Muhammad Rayyan Nakhaie.
Siti Nordiana menyatakan hubungan dia dan balu Allahyarham menjadi lebih akrab selepas peristiwa sedih itu dan menganggap kejadian tersebut memberi satu hikmah buat mereka.
“Bila saya fikir sudah setahun saya bercerai dan mengapa perlu menyimpan perasaan marah terhadap orang lain. Anak dalam kandungan Rosmunira juga adik kandung kepada Rayyan. Dia juga melayan saya dengan baik walaupun kami tidak pernah berjumpa sebelum ini.
“Sekarang ini kami sering berhubung melalui telefon dan SMS untuk mengetahui keadaan masing-masing. Dia juga meminta kebenaran saya untuk menjaga Rayyan beberapa hari bagi mengisi kesunyian dan kerinduan terhadap Allahyarham,” tambahnya.
The post Ingat Lagi Balu Allahyarham Bekas Suami Siti Nordiana Rosmunira, Inilah Cerita Terbaru Mengenainya appeared first on Media Sensasi.
0 Comments