Nur Nasirah Dedah Punca Sebenar Kahwini Lelaki Lombok | “Walaupun usia jauh berbeza namun saya kahwin dengan dia sebab saya sukakannya, bukan kerana duit atau terhutang budi”, itu pengakuan Nur Nasirah Mohd Nazri yang memilih Ismail Lombok seorang warga emas sebagai suaminya.
Nur Nasirah menyatakan perkenalan mereka bermula kira-kira dua tahun lalu apabila Ismail, seorang pesara Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) yang juga pekebun sering minum di restoran ibunya, Salma Abdullah di Paka.
Ketika itu Nur Nasirah selalu berada di restoran untuk melakukan kerja-kerja dapur selain mengambil pesanan daripada pelanggan. Dia mula tertarik dengan perwatakan duda lapan anak itu yang sering bertanya khabar keadaannya dan keluarga.
Pada masa itu, dia tidak tahu bahawa Ismail turut menaruh hati padanya dan dia melayan lelaki itu seperti pelanggan lain yang berkunjung ke restoran milik ibunya.
Namun, sikap Ismail yang sanggup berterus terang kepada ibu bapanya dan sedia menunggu untuk mengahwininya, berjaya membuka pintu hati gadis itu.
“Biar apa orang hendak kata kepada saya namun saya terimanya seadanya, dia begitu mengambil berat dan menyayangi saya sepenuh hati.
“Lagipun perkahwinan kami direstui keluarga, kami berkahwin dengan cara yang sah dan ikut adat. Cuma jarak usia sahaja berbeza, ia bukan penghalang cinta kami,” katanya.
The post Nur Nasirah Dedah Punca Sebenar Kahwini Lelaki Lombok appeared first on Media Sensasi.
0 Comments