"Mengenai berlakon dan menyanyi ini saya tak ada komen sangat, saya rasa mahu bersara selepas berkahwin.
"Sebenarnya saya merancang untuk berkahwin namun saya akan umumkan bila sampai masanya nanti. Saya berharap agar semua mendoakan perancangan saya ini. Jadi sebab itulah saya rasa nak bersara selain fokus pada perniagaan.
"Projek 2016 pula saya lebih menumpukan kepada perniagaan sekarang iaitu menjual produk kesihatan dan kecantikan diri," jelasnya ketika dihubungi.
Dalam perkembangan lain pula, Raja Ema turut sudi berkongsi mengenai dirinya yang kini semakin menawan dan selalu saja memuat naik gambar dirinya yang semakin langsing.
"Jika mahu dibandingkan dengan waktu dulu, rasanya umum semua tahu saya mempunyai plus size namun bagi saya sekarang sudah di fasa yang kurus.
“Berat badan sekarang 67 kilogram, tapi saya mahu dapatkan target sekitar 65 kilogram pula. Untuk menurunkan berat badan semestinya saya menjaga cara pemakanan yang sihat selain mengamalkan produk sendiri.
“Saya juga ada menggunakan korset untuk menjaga pemakanan harian supaya tidak terlalu makan banyak. Secara tidak langsung akan mempengaruhi penurunan berat badan dan dapat hasil sekarang," jelasnya lagi.

0 Comments