(Video) Stesen Angkasa Lepas China Bakal Terhempas, Kuala Lumpur Antara Kawasan Berisiko Dihentam Serpihan

Serpihan daripada Stesen Angkasa Lepas milik China, Tiangong – 1 yang akan terhempas mungkin menghentam ibu negara, Kuala Lumpur dan bandar-bandar lain apabila ia memasuki fasa akhir kemasukkan semula ke dalam atmosfera bumi yang dijangka berlaku pada awal tahun depan.

Tiangong – 1 ataupun ”Istana Langit” merupakan stesen angkasa lepas pertama milik negara Tembok Besar itu dilancarkan pada September 2011 pernah menempatkan beberapa orang angkasawan China, yang dipanggil sebagai ”taikonauts” semasa dua tahun pertama ia beroperasi. Namun, sejak tahun 2013, tiada lagi angkasawan yang berkerja di dalam stesen tersebut.

Laporan daripada media tempatan berkata ketinggian orbit stesen angkasa lepas seberat 8.5 tan tersebut semakin menurun dengan jangkaan kemasukkan semula ke ruang atmosfera bumi diantara Januari hingga Mac tahun depan.

Laporan tersebut turut memetik bahawa Kuala Lumpur antara bandar-bandar yang berada dalam trajektori orbital stesen angkasa lepas tersebut serta berpotensi menjadi kawasan di mana stesen tersebut terhempas.

Pakar menjangkakan bahawa stesen angkasa lepas tersebut mengalami kerosakan mekanikal dan teknikal hingga menyebabkan Pusat Kawalan di Bumi tidak lagi berupaya mengawal kemasukan semula stesen tersebut. Kenyataan ini disokong oleh Timbalan Pengarah Agensi Angkasa Lepas China, Wu Ping yang mengumumkan bahawa Tiangong -1 bakal membuat kemasukkan semula.

Wu Ping turut menambah bahawa walaupun kebanyakkan bahagian stesen tersebut akan hangus terbakar ketika kemasukkan semula, namun beberapa kompenan yang direka untuk bertahan dalam suhu ekstrem berkemungkinan akan selamat dan menghentam bumi.

”Ketika kemasukan semula, sebahagian besar stesen angkasa lepas itu berkemungkinan akan hancur”, katanya lagi.

Ketika ini, pegawai-pegawai dari China sedang berkerjasama dengan agensi-agensi angkasa lepas yang lain untuk menentukan titik-titik hentaman yang berpotensi.

Walau bagaimanapun, Jonathan McDowell, Ahli Astrofizik dari Universiti Havard berkata, oleh kerana stesen angkasa lepas tersebut tidak lagi boleh dikawal, maka tiada lagi cara yang dapat menentukan secara tepat kawasan hentaman dan bila sebenarnya stesen angkasa tersebut akan terhempas.

”Kita hanya akan menyedarinya dalam tempoh 6 hingga ke 7 jam sebelum ia benar-benar terhempas.


”Ini bermakna kita tidak mungkin dapat menetukan kawasan sebenar yang akan menerima impak tersebut”, katanya lagi.

Katanya lagi, berat kompenan-kompenan yang mungkin terselamat ketika kemasukkan semula boleh mencecah sehingga 100 kilogram. Kerosakkan disebabkan oleh hentaman kompenan pada halaju dan velositi tersebut adalah besar.

Kawasan berwarna merah adalah zon berpotensi menerima hentaman

Tiangong – 1 adalah stesen angkasa lepas prototaip pertama yang dilancarkan oleh Pentadbiran Angkasa Lepas Kebangsaan China (CNSA) dari tapak pelancaran di Jiuquan, wilayah Gansu.

Sebelum ini, terdapat juga serpihan-serpihan daripada ruang angkasa yang jatuh ke bumi, seperti Kosmos 954, Skylab dan Mir, namun tiada kemalangan jiwa yang dilaporkan.

Namun, Kuala Lumpur bukanlah satu-satunya kawasan yang mungkin menerima hentaman serpihan tersebut, sebaliknya seluruh Malaysia berkemungkinan untuk menerima nasib yang sama termasuklah beberapa negara lain lagi yang berada di dalam trajektori orbital stesen angkasa lepas tersebut.

Antara negara-negara yang mungkin menerima kesan adalah Australia, Indonesia dan Thailand. Malah, 75 peratus daripada kawasan tersebut adalah kawasan lautan.

McDowell turut menganggarkan bahawa stesen tersebut boleh jatuh di mana-mana sahaja di antara latitud 43 darjah utara dan 43 darjah selatan. Jadi, kemungkinan untuk Kuala Lumpur menerima hentaman tersebut amat tipis memandangkan terdapat banyak lagi negara-negara yang mempunyai saiz lebih besar berada dalam kawasan tersebut.

Video di bawah adalah video yang menunjukkan kemungkinan yang akan berlaku terhadap manusia jika dihentam objek seberat beberapa kilogram daripada ketinggian 300 kaki.

Walaupun tujuan ekperimen tersebut dibuat bagi menunjukkan kepentingan memakai topi keselamatan ketika berada di lokasi pembinaan, namun ia sedikit sebanyak boleh memberi gambaran impak yang mungkin berlaku akibat dihentam objek seberat 100 kilogram.

Sumber : New Straits Times , Root Of Science



lagi info di : edisiviral.com

Post a Comment

0 Comments

loading...