(VIDEO & Gambar) Memang Gempak Dan Canggih, 17 Fakta Expo Negaraku Perlu Korang Ambil Tahu Sebelum Serbu Dataran Merdeka


Air terjun ada dalam ruang pameran? Serius? Kalau nak tahu itu adalah sedikit demo paparan lampu LED yang akan memeriahkan ruang-ruang pameran di Expo Negaraku ini, itu belum lagi korang disajikan dengan paparan 3D yang akan berlegar-legar di sekeliling ruang pameran.

Expo Negaraku ini bukan pameran statik yang penuh dengan papan kenyataan itu tau, pameran ini membolehkan korang mencuba pelbagai aktiviti interaktif seperti pandu simulasi bas, simulasi kereta api dan pelbagai lagi yang tidak akan jumpa di tempat lain.

Panjang pula nak hurai, sebab banyak gila aktiviti menarik, jadi untuk pendekkan cerita, jom lihat fakta-fakta menarik tentang ExpoNegaraku.

1. Dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak padan jam 8 malam ini, 15 Novermber 2017 dalam majlis yang dijanjikan meriah kepada pengunjung di mana akan diadakan pertunjukan cahaya lampu yang pasti buat korang teruja.

2. Majlis perasmian akan dimeriahkan dengan kehadiran penyanyi-penyanyi terkenal tanah air seperti Faizal Tahir, Daniel Lee, Ismail izzani, Hael Husaini, Rich Estranged, Qody Mentor, Mira Mesli ft Pozy Plague, Maisarah Ukulele dan Reshma AF.

3. Expo Negaraku merupakan ekspo infrastruktur yang terbesar pernah dianjurkan di Malaysia dengan pameran-pameran didatangkan dalam bentuk interaktif seperti paparan 3D bergerak dan pancaran cahaya projector. 

4. Akan berlangsung selama sebulan bermula 15 November 2017 – 15 Disember 2017, dari jam 10 pagi – 10 malam dan masuk adalah PERCUMA.

5. Setiap malam, pengunjung akan disajikan dengan pertunjukkan cahaya lampu yang akan dipancarkan ke kelima-lima biji kubah gergasi /dome atau bagunan.

6. Setiap dome akan dibahagikan kepada sektor berlainan seperti telekomunikasi, tenaga, pengangkutan, dan sebagainya.

7. Dapat melihat sistem pengangkutan awam negara yang bertaraf dunia di mana pengunjung akan dapat menghayati setiap slot dalam bentuk tiga dimensi.

8. Maklumat mengenai infrastruktur pengangkutan awam negara hanya menerusi sentuhan, mendengar dan mencuba program sendiri pengalaman kendali pegangkutan awam melalui simulasi

9. Simulator memandu bas Rapid, simulator perjalanan tren pelbagai Transit Aliran Ringan (LRT), MRT, Sistem Transit Rapid (RTS) Link dan rel berkelajuan tinggi (HSR) dengan tempat duduk sebenar beserta maklumat di skrin televisyen memaparkan destinasi yang dilalui tren.

Simulasi Bullet Train dari China Railway 

Simulasi Pandu Kapal Terbang 

10. Pengunjung dijangka mengambil masa antara 45 hingga 60 minit bagi melawat keseluruhan pameran dan ekspo ini .

11. Sesuai untuk semua peringkat umur serta menjadi tarikan utama aktiviti sekeluarga musim cuti sekolah hujung tahun.

12. Bukan hanya pameran, aktiviti lain yang turut dianjurkan adalah Pesta Fiesta iaitu

  • Pertandingan Futsal (18-19 November 2017) jam 8 pagi
  • Zumba Nation (18 November 2017) jam 8.30 pagi
  • Pesta Buah-Buahan (26-26 November 2017) Jam 10 pagi – 10 malam, acara admin paling tunggu-tunggu ni, mana tahu ada durian ker.
  • Pasar Malam
  • Sukan Rakyat 
  • Comedy Night 
  • KL Go Cart 

13. Ada tema mingguan iaitu Kesihatan dan Kesejahteraan pada minggu pertama, diikuti Citarasa Kita, Kebudayaan dan Pelancongan, Permainan Tradisional, diakhiri Aktiviti dan Permainan.

14. Kehadiran dijangkakan seramai 500,000 pengunjung.

15. Jalan Raja di Dataran Merdeka akan mula ditutup bermula pada 15 November hari ini selama sebulan dari digunakan sebagai laluan awam.

16. Pengguna jalan raya yang ingin ke Ekspo Negaraku dinasihati supaya menggunakan pengangkutan awam seperti LRT, MRT dan Monorail serta elak daripada menggunakan laluan yang terlibat jika memasuki pusat bandar pada tarikh tersebut.

17. Grab akan memberi diskaun RM5 untuk pengunjung Expo Negaraku bagi setiap perjalanan mereka.

Sembang banyak pun tak guna kalau tak pergi, dah la free, memang korang takkan jumpa kernival free macam ni yang gampak giler, hari ini ok dah, tunggu hari minggu memang sah-sah sesak.

Gambar yang dikongsi netizen yang dah pergi hari ini.



lagi info di : edisiviral.com

Post a Comment

0 Comments

loading...