Pelawak dan usahawan, Shuib Sepahtu mendedahkan bahawa dia telah mendapat restu daripada kesemua anaknya sebelum mengambil keputusan untuk meminang wanita pilhannya, Watie Hanifiah.
Restu anak
Ketika ditemui Oh Bulan!, Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad, 39, berkata keputusan untuk menghalalkan Watie adalah selepas memikirkan tentang kebajikan anak-anak.
Malah, pelawak itu akui dengan kehadiran Watie, wanita itu mampu menolong menjaga dan membesarkan keempat-empat cahaya matanya kelak.
Saya bertunang kerana saya memikirkan anak-anak, kalau saya hanya memikirkan diri sendiri sahaja mungkin saya terus membujang.
Saya ada tanggungjawab yang cukup besar dan arwah isteri juga mahu saya membesarkan anak-anak dengan cara dan jalan paling baik, jadi saya perlukan seseorang untuk berada dengan saya.
Saya sedar diri, saya sedar kemampuan saya. Sebab itu saya perlukan orang boleh bantu saya jaga dan besarkan anak-anak.
Shuib berkata demikian ketika ditemui pada majlis rumah terbuka Indigital Music dan Fyp Media yang diadakan di Bangsar, pada Selasa.
Dalam pada itu, Shuib berkata dia akan memaklumkan kepada anak-anaknya terlebih dahulu terutama melibatkan setiap keputusan yang penting.
Walaupun anak-anak masih kecil, tetapi saya percaya mereka faham dengan situasi yang terjadi.
Setiap perkara yang saya buat, tidak hanya berbicang dengan keluarga sahaja tetapi dengan anak-anak juga.
Setiap keputusan dalam keluarga saya pasti akan minta pandangan anak-anak. Sedalam mana mereka faham atau tidak, saya tetap kena beritahu anak-anak sekiranya ada perkara penting.
Anak yang terakhir setuju untuk saya bernikah adalah Uwais. Dia orang terakhir kata setuju, sebab dia sudah umur 12 tahun dan semakin matang. Dia orang terkahir yang cakap ya.
Terdahulu, Shuib dan Watie selamat mengikat tali pertunangan dalam sebuah majlis yang diadakan secara tertutup di kediaman Watie di Shah Alam. Difahamkan, mereka bakal melangsungkan pernikahan pada 23 Jun depan.
Untuk rekod, Shuib pernah mendirikan rumah tangga dengan penyanyi popular, Allahyarham Siti Sarah pada 2011 dan pasangan itu dikurniakan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, Dzakira Talita Zahra, Ariq Matin dan Ayash Affan.
Allahyarham Siti Sarah disahkan meninggal dunia akibat jangkitan Covid-19 pada Ogos 2021.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network
Sumber: https://ohbulan.com/
via Sinar Viral Network
0 Comments