PETALING JAYA – Menteri Momunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil menyampai ucapan takziah beliau terhadap pemergian Penolong Pengarah Unit Saluran Berita RTM, Allahyarham Mohd. Zubairy Abdullah.

Jelas Fahmi, Allahyarham meninggal dalam kemalangan di Jalan Lipis-Benta menghala ke Kuala Lumpur.

“Amat sedih mendapat khabar pemergian Allahyarham Mohd Zubairy Abdullah, Penolong Pengarah Unit Saluran Berita RTM.

“Saya doakan segala dosa Allahyarham diampuni, dan rohnya nanti ditempatkan di kalangan para solehin.

“Takziah buat keluarga dan kenalan Allahyarham, Al-Fatihah,” tulisnya di Facebook sebentar tadi.

Terdahulu, Mohd. Zubairy dilaporkan meninggal dunia selepas terlibat dalam kemalangan di Jalan Lipis- Benta petang tadi.

Bagaimanapun seorang anak Allahyarham yang bersamanya dilaporkan selamat.- KOSMO! ONLINE.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber: https://ift.tt/NKV1ySa



via Sinar Viral Network