Wanita Terima Wang Jumlah RM670, BF ‘Transfer’ Duit Siap Mesej Pujuk Rayu

 

WANITA mana yang tidak ‘cair’ apabila bertemu lelaki yang sanggup bersusah payah dan berusaha sedaya upaya untuk mereka.

Maka tidak hairanlah perkongsian seorang wanita tentang teman lelakinya di TikTok baru-baru ini mendapat lebih 1.1 juta tontonan selain dikongsi lebih 13,600 pelayar.

Ia berikutan wanita terbabit berkongsi tangkap layar notifikasi transaksi perbankan internet beserta mesej istimewa.

Mesej yang diterima Fyra semasa bergaduh dengan teman lelakinya.

Mesej yang diterima Fyra semasa bergaduh dengan teman lelakinya.

Rata-rata warga maya juga tidak menyangka ruangan rujukan penerima atau recipient reference untuk transaksi perbankan atas talian boleh dijadikan platform menghantar mesej.

“Tak terfikir boleh pujuk pakai bank… ada jual kat Shoppe tak pakwe (teman lelaki) macam ini.

“Definition of ‘if he wants to, he would’.

“Pujuk pakai transfer, sumpah another level,” ujar segelintir warga maya.

Bercerita kepada mStar, wanita yang mahu dikenali sebagai Fyra berkata, die menyekat teman lelakinya di semua akaun media sosial gara-gara berselisih faham.

“Selalunya kalau gaduh macam mana pun dia tak pernah keluar ayat macam tu… dia minta jangan cari dan suruh buat hal masing-masing.

“Jadi saya sekat semua media sosial dan fikir memang hubungan kami dah berakhir,” luahnya ketika dihubungi mStar.

 

Amount tu tak penting tapi effort dia yang saya tidak pernah terfikir.
FYRA

Pun begitu, selang beberapa jam membuat sekatan berkenaan, Fyra dikejutkan dengan beberapa notifikasi daripada akaun Maybank2u.

“Mula-mula tak tahu lagi dia yang hantar tapi pelik duit apa yang masuk, gaji lambat lagi.

“Pelik tak habis lagi, masuk notifikasi Maybank2u lagi… tapi kali ini bertubi-tubi,” ceritanya lanjut.

Tambahnya lagi, sebenarnya lebih banyak notifikasi daripada perbankan tersebut diterimanya namun hanya beberapa mesej itu saja yang sempat dirakam.

Antara mesej yang diterima menerusi notifikasi aplikasi bank.

Antara mesej yang diterima menerusi notifikasi aplikasi bank.

Melihatkan usaha yang ditunjukkan teman lelakinya itu, Fyra akhirnya terbuka hati untuk menyahsekat nombor telefon serta akaun sosial media teman lelakinya itu.

“Selepas beberapa hari, saya menyahsekat kembali tapi bukan sebab duit. Amount tu tak penting tapi effort dia yang saya tidak pernah terfikir,” ujarnya.

Bercerita lanjut, Fyra berkata, sebelum pergaduhan tersebut, teman lelakinya berhasrat mengajak dia keluar.

Malah katanya, bermula daripada RM30, dia akhirnya menerima kira-kira RM670 daripada keseluruhan transaksi yang bertujuan untuk memujuk.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber: Mstar



via Sinar Viral Network

Post a Comment

0 Comments

loading...