ULAR tedung senduk antara haiwan yang digeruni ramai kerana mempunyai bisa yang boleh menjadi racun sekiranya dipatuk.
Bagaimanapun seorang pemuda menjadi perhatian gara-gara cuba menjinakkan seekor ular tedung senduk dengan hanya menggunakan bunyi seruling daripada telefon pintar.
“Dia buat main macam kucing je,” komen netizen menerusi satu video yang tular di TikTok.
Dua beradik dengan seekor ular tedung senduk.
Berkongsi cerita kepada mStar, pemuda berkenaan, Muhd Izzat Hamidi berkata, ular tedung tersebut ditangkapnya bersama rakan di kawasan sekitar Rantau Panjang di Klang, Selangor.
Lebih mesra disapa Ejad, katanya, ia bukan kali pertama kali ‘bermain’ dengan reptilia berbisa itu tetapi berpengalaman sejak tiga tahun lalu.
“Kalau ada orang sekitar panggil minta tangkap ular terutama di kawasan Rantau Panjang, saya dan adik lelaki akan pergi bantu.
“Kami tak membela ular tedung ni. Setiap kali kami tangkap, ular itu kemudian akan dilepaskan ke dalam hutan berdekatan dengan sungai,” katanya ketika dihubungi mStar.
Ejad (kanan) pernah membela seekor ular sawa.
Menerusi salah satu video ular yang dimuat naiknya di TikTok @ejardm21, pemuda berusia 24 tahun itu memaklumkan terdapat seekor ular tedung senduk yang ditangkap pada bulan Ramadan lalu mengalami kecederaan di bahagian kepala.
“Ada seekor ular kami tangkap di sebuah bengkel. Sebelum kami sampai, orang-orang di bengkel sempat ketuk ular tu menggunakam kayu.
“Jadi, sebelum kami melepaskan ular ni ke tempat yang lebih selamat, kami rawat dulu hingga sembuh untuk seminggu dua,” ujarnya yang berasal dari Klang.
Saya okay dengan ular cuma tak suka lipas. MUHD IZZAT HAMIDI
Walau bagaimanapun, anak ketiga daripada enam beradik itu berkongsi pengalaman bahawa terdapat seekor ular tedung senduk yang dapat dijinakkan mereka.
“Biasanya kalau ular senduk ni, bukan setakat nak pegang, nak datang dekat pun tak boleh. Ular tu akan berasa terancam dan memberi ancaman kepada kita juga.
“Tapi ular yang seekor ini bukan macam yang selalu jumpa, siap boleh pegang dan dijinakkan. Ular ini kami tangkap ketika ia masuk ke dapur rumah orang,” katanya lagi.
Dua beradik cuba menjinakkan seekor ular tedung senduk.
Pernah membela seekor ular sawa sebelum ini, Ejad yang berniaga stimbot di Shah Alam turut mended@hkan sehingga kini dia dan adiknya berusia 21 tahun sudah menangkap lebih 50 ekor ular pelbagai jenis.
“Apa yang kami lakukan ini adalah secara sukarela. Antara yang kami selamatkan adalah ular senduk, ular sawa dan ular lidi.
Antara komen netizen.
“Memang mencabar tetapi seronok dan memberi kepuasan sebab dapat bantu orang. Dah biasa buat, jadi tak takut dengan ular.
“Setakat ni, saya okay dengan ular cuma tak suka lipas. Bukan sebab geli, tapi sebab bau busuk lipas tu tak ngam dengan saya,” ujarnya secara berseloroh.
VIDEO;
@ejardm21
@ejardm21 Membalas kepada @syuhaaaaaa🐇 datang amik balik senduk awak ni kak! Nanti nak pakai pagi raya masak rendang dah susah takde senduk🤣 #rwyfb #fy
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network
Sumber: MSTAR
via Sinar Viral Network
0 Comments