Di musim cuti perayaan Deepavali baru-baru ini, ramai keluarga yang mengambil kesempatan untuk membawa ahli keluarga bercuti di destinasi pilihan selepas lama 'terkurung' dalam rumah ekoran pelaksanaan Perintah Kawal Pergerakan (PKP) yang membataskan had pengerakan.
Bagaimanapun ada cerita kurang menarik yang dikongsikan oleh pekerja hotel mengenai sikap sesetengah pengunjung yang melakukan onar di dalam bilik. Hal itu menyebabkan mereka terpaksa berhempas pulas melakukan kerja-kerja pembersihan. Selain itu, pihak hotel turut terpaksa menanggung kerugian akibat dari perbuatan tidak bertanggungjawab pihak pengunjung.
"Bila lambat check in hotel, meroyan, viral. Nak bilik siap sanitize 10 kali sehari. Kalau boleh, besar kuman pun tak ada. Takut konon. Tapi bila korang check out dan tinggalkan bilik macam ni rupa, tak rasa bersalah ke?
"Tak salah pun kalau mudahkan tugas housekeeping. Hidup ini perlu bertoleransi. Jangan guna alasan korang dah bayar. Guna hati perut sikitlah. Sebab spesis macam ni la yang melambatkan kerja housekeeping.
"Belum lagi yang terhegeh-hegeh nak check out, yang nak check in pun tak sabar-sabar pukul 12 dah terpacak depan hotel," tulis pemilik akaun TikTok Anna Faz.
Berdasarkan video, kelihatan sampah bertimbun di dalam bilik, katil bersepah, lantai penuh dengan sampah tisu, tuala berterabur di lantai, bilik air kotor, puntung rokok dibuang merata-rata, petai dan durian turut dibawa masuk ke bilik, cerek elektrik disalahgunakan, skrin televisyen dicalarkan dengan sengaja, bagaikan pengunjung yang menghuni bilik itu tidak bertamadun.
Hal seperti ini tidak sepatutnya berlaku. Walaupun pengunjung membayar untuk tinggal di bilik berkenaan, seharusnya ada rasa bertanggungjawab menjaga kebersihan bilik yang akan digunakan oleh pengunjung yang lain. Jadilah manusia yang bertanggungjawab, jangan kerana anda sudah membayarnya terus bersangka anda berhak melakukan apa-apa sahaja di dalam bilik. Pihak hotel boleh mengenakan denda sekiranya anda melakukan kerosakan yang melampau.
Sumber: TikTok Anna Faz
Sumber: (Video) 'Bila lambat check-in meroyan, bila check-out tinggalkan bilik hotel camni tak rasa bersalah?'
0 Comments