Hari ini 15/3/2018 mencatat sejarah buat bekas pelajar lepasan SPM 2017 MRSM Johor Bahru bernama Mohamad Iskandar bin Mohamad...beliau mendapat straight A bagi semua matapelajaran SPM.. Tahniah..namun beliau bukan pelajar biasa..tetapi luarbiasa..mungkin lain cikgu..lain ceritanya..ini sekadar apa yg saya lalui..anak homeroom cikgu hamidah f1-f3, f4-f5 cikgu Fuad Galaticos Anaconda tahniah cikgu midah cikgu fuad
15/1/2013..6 tahun lalu.. Pendaftaran Pelajar Tingkatan 1 MRSM Johor Bahru.. ketika itu saya cikgu yang dilantik sebagai AJK Fotografi dan Dokumentasi..Saya tertarik melihat seorang pelajar yang bertubuh kecil ini...saiznya mmg kecil..saya tegur dan dia memperkenalkan diri sebagai Iskandar..sempat snap beberapa keping gmbr dia sbb mmg sepanjang masa dia asyik tersengih mungkin gembira mendapat tempat di mrsm..
Gambar Hiasan |
Siapa Iskandar ni...??saya share supaya pelajar2 kena amik iktibar tentang kisah dia..
Dia berasal dari keluarga ssh..ayahnya pengawal keselamatan / guard kt rumah anak2 yatim Persatuan Kebajikan Darul Hanan Johor Bahru..masa warden dulu selalu perasan ayah dia gigih naik moto amik dia masa PB dan masa visit pasti dia bekal makanan dalam tupperware (maybe ibunya masak sendiri)..Iskandar xpenah malu dng background familynya yang ssh..dia xpenah minta2 dgn orang..ibunya tidak bekerja..saya begitu respect dgn Iskandar kerana dia tau dia berasal dari keluarga yg ssh...dia pandai jaga diri, nama keluarga dan dia belajar bersungguh-sungguh.. 5 tahun di MRSM Johor Bahru..dia xpenah ada masalah displin sahsiah..5 tahun dia menuntut ilmu dengan pelbagai rintangan..akhirnya hari ini tiada apa yang lebih membahagiakan kedua-dua ibu bapanya malah rakan2 guru melihat dia mencatat keputusan cemerlang dalam SPM 2017..bukan saya nk membanding2 anak2 pelajar lain..saya nk tegaskan..lihat dan sedar diri bagaimana dia berusaha demi keluarga...xpernah menggunakan pelbagai alasan....kita perlu berusaha untuk keluarga kita..harapan ibu dan ayah..
Paling saya igt ayahnya..en mohamad..dtg ke sek utk bayar yuran sekolah... saya masih igt..ayahnya berpakaian pengawal keselamatan... tak ckup 10 sen je pun..saya beritau..takpelah biar saya tmmbah duit 10 sen tu.. tp en mohammad tetap berkeras pulang ke rumah utk ambil wangn10 sen tu .. masya allah... tak pernah saya jumpa ayah yg begini... saya igt kata2 ayahnya...walaupuun 10 sen tp nie amanah utk bayar... masya allah hebat orgnya...
Iskandar bukanlah pelajar yg asalnya pandai..pel sederhana..tp dia rajin ... dan mula menyinar semasa di darjah 6
Iskandar kalau kamu baca coretan cikgu ni..hargailah ibu bapa kamu.. btapa mulianya mereka bersusah payah utk memastikan kamu jadi pelajar berjaya..
dari cikgu Mohaini Jawati
sempat saya interview dia sekejap tadi..
Nama Ayah= Mohamad bin Abd Wahab
Nama Ibu= Esah binti Derahman
"Saya belajar sbb nk berjaya mcm org lain supaya dpt Bantu keluarga saya. Saya selalu fikir kalau org lain dpt berjaya kenapa saya tak dpt nk berjaya jugakkan? So saya pun kena berjaya semampu yg saya boleh. Ada org yg berjaya Dari segi kokurikulum tapi bagi org yg fizikal mcm saya mestilah Susah sikit, so saya cuma dpt fokuskan diri utk berjaya dlm bidang akademik je Dan alhamdulillah dpt jugak menggembirakan keluarga saya."
"Tip study Dan berkawan= Saya suka study kt tmpt yg tak ramai org sbb boleh fokus Dan saya suka study dgn kwn2 saya yg nk study jugak. Bila cikgu ajar dgr je Dan kalau dh tak dpt nk fhm apa yg cikgu ajar Tu jgn buat benda lain,jgn tido dlm kelas, just dgr je (buat2 fhm) Dan cover semula nnti."
"Paling PENTING, kena Jaga hati cikgu.
Waktu belajar jugak saya suka dikelilingi kawan2 saya yg pandai2 Tu sbb saya fikir atleast mudah-mudahan nnti saya pun jadi pandai."
Gambar Hiasan |
Kalau Ada rezeki lebih boleh hntr diorg pergi Haji kan"
Dikesempatan ini juga saya cikgu ebay mengucapkan tahniah kepada semua lepasan SPM 2017 samada cemerlang atau tidak..ini bukan pengakhiran..tetapi ini permulaan hidup anda,,teruskan berjuang..jgn lupakan kami disini..sehingga akhir nafas anda tetap anak murid kami..dan kami cikgu anda..
tahniah pihak pengurusan maktab..pihak MUAFAKAT MRSM Johor Bahru yang membantu dlm pelbagai perkara...para rakan guru yang mendidik xpenah kenal penat lelah....tahniah kepada rakan2 staf yang amat banyak membantu para pelajar dan guru...tahniah buat ibu bapa anda juga adalah pendidik yang sebenar....tahniah kepada pelajar atas segala2nya..
Anak2 pelajar selalu igtkan diri anda pekara ini..
“Setitik air mata ibu dan ayah mengalir disebabkan kejayaan, kebaikan, kita..ibarat selaut pahala yg anda dpt..” usahakan ini..
Ikhlas cikgu ebay
Itu gambar dia masa tingkatan 1 Hari Pendaftaran 15/1/2013
0 Comments