“Unik, first time jumpa!” – [Vide0] Rare! Siapa Sangka Nozel Pun Boleh Guna Untuk Basuh Tangan?

Sekarang kebersihan kendiri amatlah penting kan? Lagi-lagi dengan w4bak C0vldl9 yang masih lagi ada di negara kita. Jadi, penjagaan yang paling senang untuk dibuat adalah amalan basuh tangan.

Boleh kata kalau pergi mana-mana, paip basuh tangan yang berfungsi dengan baik sangatlah diperlukan. Kebiasaannya, tempat basuh tangan selalunya mempunyai design yang lebih kurang sama untuk selaraskan penggunaannya.

Tetapi, lain pula cerita yang dikongsikan dalam video TikTok milik @atennnnlie, yang mana dia dan keluarga terjumpa sesuatu yang rare dan dianggap unik kerana sebuah stesen minyak menggunakan nozel sebagai paip basuh tangan! Woww, ini menarik!

Video:

@ateynnnnlie

😂😂😂😂😂 tatau mcm mana nak gune , pelikk gok basuh tangan pakeyy disel HAHAHAHA

♬ Monkeys Spinning Monkeys – Kevin MacLeod

Ternyata, stesen minyak yang dikatakan terletak di Terminal Sentral Kuantan itu berjaya menarik minat ramai orang dengan pelbagai reaksi diterima di bahagian komen. Sabar korangg… Meriah betul ehhh?

Bukan itu sahaja, ada juga yang tanya, bagaimana untuk menggunakan nozel basuh tangan itu? Haaa, cuba korang tengok betul-betul dalam video tu… Rupa-rupanya pemutar air itu berada di bahagian sinki dan bukannya kena tekan pam nozel macam kita isi minyak tu.

Oleh itu, orang ramai diminta untuk menggunakan nozel tersebut dengan sebaiknya kerana untuk menghasilkannya bukanlah mudah dan juga jangan rosakkan harta benda awam yang lain kerana ia adalah hak kegunaan bersama.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber: Lobak Merah



via Sinar Viral Network

Post a Comment

0 Comments

loading...