“Keluarga Malaysia!”- Kahwini Lelaki ‘Cindian’, Kisah Doktor Ini Buat Ramai Terinspirasi

Min yakin pasti ramai di luar sana yang sebenarnya ada hati pada someone yang berbeza bangsa dan agama. Kadang-kadang, perbezaan tu yang dijadikan sebagai alasan untuk tak buat first move. Padahal belum cuba belum tau!

Kalau diikutkan, jodoh ini sebenarnya kita tak boleh nak agak dengan siapa dan bila kita bertemu. Sama seperti aj4l dan m4ut, semuanya dah ditentukan oleh-Nya.

Jadi, bila bercerita tentang jodoh, kisah doktor ini telah memberi inspirasi kepada ramai masyarakat terutamanya yang menonton perkongsian beliau di laman TikToknya.

Menerusi akaun TikTok Doktor Hajarangelique ini, beliau dikatakan telah bertemu jodoh pada sekitar tahun 2014 dengan seorang lelaki ‘Cindian’ dan dikurniakan sepasang cahaya mata, seorang lelaki dan seorang perempuan.

Video:

@hajarangelique

Husband mix then convert, bila balik kampung, semua bangsa jumpa 🥰 #fyp #fypシ #fypage #foryou #foryoupage #theChaifamily

♬ Way Back Home – Shaun

Campuran ibu mertuanya yang berbangsa India manakala bapa mertua berbangsa Cina serta beliau yang berbangsa Melayu membuatkan keluarga mereka lengkap mempunyai 3 bangsa utama di Malaysia.

Terdapat posting di laman TikToknya juga yang menunjukkan beliau sekeluarga bersama-sama meraikan sambutan Deepavali yang lalu. Kelihatan ‘keluarga Malaysia’ ini sangat harmoni dan telah memberi inspirasi kepada orang ramai kerana tidak menjadikan perbezaan bangsa dan agama itu sebagai jurang.

Untung kahwin mix ni..nanti semua perayaan boleh sambut kan?

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber: Lobak Merah



via Sinar Viral Network

Post a Comment

0 Comments

loading...