Sering dis1ndir sebab kerja biasa, lagi ‘p4rah’ jodoh tak panjang… wanita ini tutup mulut orang sekeliling dengan jadi p0lis – “Saya tak sed1h lama-lama”

PERNAH rasa terh1na gara-gara menjadi bahan h1naan orang hanya kerana ‘kerja biasa-biasa’, namun wanita ini sama sekali tidak mengalah atau berputus asa.

Jika dahulu dia hanyalah juruwang di pasar raya, pembantu di kedai emas serta tekstil, namun kini dirinya mampu berbangga kerana bukan sahaja memiliki kerjaya yang stabil tetapi berkhidmat untuk masyarakat.

Berkongsi kisah suka duka perjalanan hidupnya menerusi satu video ringkas di TikTok, ternyata ramai yang kagum dengan semangat dan kecekalan yang ada pada dirinya.

Nurdalila (dua, kiri) menamatkan latihan rekrut di Pulapol selama enam bulan pada Oktober 2019.

Menurut wanita bernama Nurdalila Mohd Zuki, perjalanannya ke alam pekerjaan bermula selepas tamat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

“Selepas SPM, saya dapat kerja sebagai juruwang di sebuah pasar raya. Beberapa tahun kemudian, saya dinaikkan pangkat sebagai juruwang senior. Selepas berkahwin, saya ditawarkan pula jawatan sebagai pembantu pentadbiran di pasar raya yang sama.

“Namun jodoh saya dengan suami tak panjang. Terus terang, selepas sendirian, saya umpama jatuh dan tiada tempat bergantung. Abang-abang dan ibu bapa yang bantu saya bangkit kembali.

“Nak sedih lama-lama pun tak bagus. Dengan sokongan keluarga, saya bangkit dan lakukan macam-macam pekerjaan untuk mencari rezeki. Antaranya kerja di kedai emas, kedai kain, jual barangan kosmetik dan macam-macam.

“Masa itu memang ada suara yang mencemuh sebab kerja sana sini. Terdetik dalam hati, kalau orang lain berjaya, kenapa aku tak boleh berjaya. Jadi masa itu saya cuba mohon masuk anggota p0lis yang menjadi cita-cita sejak saya kecil,” cerita wanita berusia 27 tahun ini.

Video:

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

Kira-kira setahun selepas membuat permohonan, Nurdalila menerima panggilan bagi menjalani ujian fizikal untuk diserap masuk sebagai anggota polis.

“Kali pertama berat badan tak lepas kerana tak ikut piawaian Body Mass Index (BMI). Ingatkan tak ada harapan dah tapi mungkin nak jadi rezeki, saya dipanggil untuk buat ujian lagi sekali dan Alhamdulillah, kali kedua tu lulus.

“Saya bersyukur sangat sebab dapat buat ibu bapa gembira. Merekalah yang teman saya pergi temu duga… ibarat saya membawa harapan yang besar,” katanya yang berasal dari Pulau Duyong, Terengganu.

polis baru 2

Abang-abang dan ibu bapa yang menjadi tulang belakang Nurdalila.

Nurdalila melapor diri di Pusat Latihan P0lis (Pulapol) pada 28 April 2019 dan menamatkan latihan rekrut selama enam bulan pada 26 Oktober 2019.

Dia kini ditugaskan di Balai P0lis Kuala Krai, Kelantan.

“Apa yang terjadi kepada saya sebelum ini ada hikmahnya. Pernah j4tuh terduduk selepas jodoh tak panjang, kemudian kena pula perl3keh sebab kerja sana sini… apa yang dilalui semuanya adalah pengalaman dan pemb4kar semangat.

Selalu baca kisah wanita yang terk0nt4ng k4nting selepas berp1sah, namun jangan sed1h lama-lama. Bangkit untuk buktikan kita tak lemah.

NURDALILA MOHD ZUKI

“Bukan senang nak jadi senang. Bila kita pernah susah, apa yang kita kecapi kini terasa begitu manis.

“Selalu baca kisah wanita yang terk0nt4ng k4nting selepas berp1sah, namun jangan sed1h lama-lama. Bangkit untuk buktikan kita tak lemah,” ujar anak bongsu daripada empat adik beradik ini.

Nurdalila dalam pada itu berkata dia langsung tidak menyangka videonya yang dimuat naik untuk tujuan suka-suka itu ia turut memberi impak kepada segelintir netizen.

polis baru 3

Nurdalila bersama keluarga besarnya yang turut meraikan kejayaannya menamatkan latihan di Pulapol.

“Ada yang bercita-cita nak masuk p0lis dan terinspirasi selepas melihat video saya.

“Moga-moga perkongsian ini sedikit sebanyak naikkan semangat orang lain untuk terus bangkit dan capai cita-cita masing-masing. Jangan patah semangat dan biarkan diri hanyut dengan kata-kata orang.

“Ingatlah rezeki kita ditetapkan oleh Allah,” katanya lagi.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber: Mstar



via Sinar Viral Network

Post a Comment

0 Comments

loading...