Pelakon Amyra Rosli akui berasa gembira dapat mengembangkan bakatnya dalam bidang pengacaraan.
Menurut Amyra, dia mengambil inisiatif dengan membuat latihan dan rujukan untuk memperbaiki kemahiran pengacaraannya.
“Mula-mula memang tak yakin tetapi dari hari ke hari kita buat latihan lama-lama benda itu akan jadi biasa dan kita seronok buat.
“Sekarang saya sangat suka jadi hos, sangat suka! Awal-awal dalam studio saya bertarung dengan segala macam untuk tune diri menjadi sebati dalam dunia pengacaraan.
“Sekarang dah shoot outdoor saya rasa saya faham apa yang saya buat. Mungkin masa baru-baru shoot dalam studio tu saya kejung sikit kot. Haha,” tulisnya menerusi hantaran di akaun Instagram miliknya.
View this post on Instagram
Dalam pada itu, Amyra juga tidak kisah dengan tanggapan atau komen-komen neg4tif yang dilontarkan kepadanya.
Katanya, sebagai anak seni pasti tidak akan lari dan harus berdepan dengan situasi tersebut.
“Tapi saya tak kisah pun apa orang nak cakap, sebab nak berjaya ni kita kena hadap je apa yang ada kat depan. Janji kita kena rajin belajar dan kena improve.
“Yang mana support, kita terus berdiri bersama semangat mereka. Yang mana kec4m anggap sahaja itu adalah satu cab4ran untuk kita sedar dari zon selesa.
“Hidup ni sekejap di atas sekejap di bawah itu biasa. Yang penting kita tahu apa yang kita buat dan tidak putus asa,” tulisnya.
Kini Amyra merupakan pengacara untuk sebuah program televisyen swasta.
Untuk info, Amyra atau nama sebenarnya Nur Amira Izzati memulakan kerjaya lakonannya pada 2011 menerusi drama Jodoh.
Amyra kemudiannya memegang watak utama dalam drama antara yang popular adalah Tersuka Tanpa Sengaja, Cik Bunga Encik Sombong dan Nur.
Komen netizen:
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network
Sumber: Gempak
via Sinar Viral Network
0 Comments