Wanita comel ‘bersuara’ selepas uji kesab4ran 2 sahabat, banyak rehat sambil buat ‘drama’ ketika hiking – “Trek sangat rileks, saya saja je mengada”

Ketika ini ramai yang mengambil peluang untuk melakukan aktiviti outdoor selepas kerajaan memberi kelonggaran merentas daerah bagi negeri Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN) dan juga prosedur operasi standard (SOP) bagi aktiviti riadah.

Malah jika dilihat di media sosial sejak seminggu kebelakangan ini, rata-ratanya membuat perkongsian mengenai aktiviti riadah bersama keluarga atau rakan masing-masing.

Menerusi satu perkongsian di aplikasi TikTok, gelagat dua wanita yang cuba memujuk dan memberi kata-kata semangat kepada seorang rakan mereka yang hampir sahaja pvtus asa ketika melakukan aktiviti mendaki bukit (hiking), mencvri perhatian netizen.

Amira dan dua rakannya berjaya mendaki salah satu puncak di Bukit Sungai Long.

Video gelagat lucu tiga sekawan berkenaan sehingga kini meraih lebih daripada 1.3 juta jumlah tontonan dalam tempoh 24 jam!

Berkongsi cerita dengan mStar, Intan Sazrena, 27, yang merakam dan memuat naik video itu di aplikasi TikTok berkata, insiden lucu itu berlaku ketika dia dan dua rakan, Rusdiana dan Amira Natasya mendaki Bukit Sungai Long (Sungai Long Hill), di Cheras, pada hujung minggu lalu.

“Sebenarnya keluarga Amira dah ada plan juga, mereka nak daki Bukit Gasing di Petaling Jaya. Dia tak tahu lagi macam mana svsahnya trek di bukit tu.

“Kami ajak dia daki Bukit Sungai Long sebagai permulaan dan akhirnya dia setuju ikut… kira macam separuh rela. Masa awal-awal sampai pun dia dah memb3bel sebab parking kereta jauh.

“Dalam sepuluh minit berjalan, dia dah tak l4rat dan berhenti rehat. Masa itulah saya sempat rakam video momen-momen lucu nak bagi kata-kata semangat padanya.

“Malah ramai hikers dekat situ pun sangat supportive dan cuba bagi motivasi untuk Amira teruskan pendakian,” cerita wanita yang senang disapa sebagai Nina ini.

Video:

@nainossss

membe jarang tak lawak. 🤣

♬ original sound – Nynaaaaaaaaaa🌸 – Nynaaaaaaaaaa🌸

Beberapa kali berhenti berehat dan diselang seli dengan ‘drama’, Nina berkata mereka akhirnya berjaya sampai di salah satu puncak bukit berkenaan dalam tempoh hampir dua jam.

“Bukit tu ada banyak level… kami target nak sampai level 1 saja, tak sampai air terjun pun. Sampai terbaring-baring dekat atas selepas sampai,” cerita akauntan di sebuah syarikat di Kuala Lumpur ini.

Sementara itu, Amira yang mempunyai saiz b4dan yang sedikit ‘comel’ mengakui ketika itu kakinya sedikit lengvh, namun dia sengaja mahu menyakat dua rakannya.

“Sebenarnya, trek di situ sangat rileks… tapi saya saja je mengada-ngada lebih sikit. Konon-konon saya nak tahan dan tumpang kereta orang yang lalu lalang.

Di Twitter, ada yang mengec4m Nina dan Rusdiana seolah-oleh mereka cuba ‘der4’ saya berdasarkan tanggapan sendiri. Tapi kami m4las l4yan… nanti berpanjangan.

AMIRA

“Tapi suasana dekat situ memang best. Pendaki lain termasuk yang dah berusia tak henti-henti bagi kata-kata semangat. Bila Nina upload dekat TikTok dan viral, ramai netizen komen saya ‘beruntung’… kalau mereka, kawan-kawan dah laju ke depan.

“Cuma bila viral di Twitter, ada yang mengec4m Nina dan Rusdiana seolah-oleh mereka cuba ‘der4’ saya berdasarkan tanggapan sendiri. Tapi kami malas l4yan… nanti berpanjangan,” ujarnya yang kini bekerja sebagai penolong akauntan sambil menambah, mereka merancang untuk bermain ATV pada masa akan datang.

Rusdiana yang turut serta dalam temubual pula menambah, mereka bertiga sememangnya ‘sekepala’ dan akrab seperti adik beradik kerana sudah saling mengenali antara satu lain dalam tempoh yang lama.

hiking baru 2

(Dari kiri) Amira, Rusdiana dan Nina sudah seperti adik adik beradik kerana mengenali antara satu sama lain dalam tempoh yang lama.

“Kami semua sebaya. Saya dan Nina sememangnya berkawan dari kecil, manakala Amira adalah rakan yang rapat sewaktu saya diploma. Bila kenalkan dengan Nina, kami boleh ngam.

“Sebelum p4ndem1k, kami bertiga memang selalu habiskan masa bersama-sama dan aktiviti wajib adalah ‘food hunting’. Pantang ada tempat makan viral, mesti kami sampai.

“Video yang Nina upload tu langsung tiada niat nak viral atau apa. Ia adalah momen lucu kami bertiga saja yang nak disimpan sebagai kenangan. Secara tak langsung, ia menghantar mesej supaya kita saling menghargai sahabat,” ujar juruaudit di sebuah syarikat di Damansara ini.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber: Mstar



via Sinar Viral Network

Post a Comment

0 Comments

loading...