Selepas berpecah dengan geng lelaki, grup g4dis cu4k geng anjing pula ‘escort’ ketika hiking – “Saya perasan ekor mereka goyang-goyang”

Selepas kerajaan memberi kelonggaran merentas daerah bagi negeri Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN) dan juga prosedur operasi standard (SOP) bagi aktiviti riadah, ramai yang mengambil kesempatan untuk meluangkan masa bersama keluarga dan rakan-rakan dengan mengunjungi lokasi rekreasi.

Tidak terkecuali g4dis ini yang mengambil peluang untuk mendaki bukit (hiking) dan beriadah di air terjun bersama rakan-rakan memandangkan cuti semester masih berbaki.

Namun apa yang lucunya, aktiviti enam sekawan ini turut ‘disertai’ beberapa ekor anjing li4r yang berada di kawasan berkenaan.

Shi (dua, kanan) bersama lima lagi rakannya menghabiskan masa beriadah bersama-sama sebelum masing-masing pulang ke universiti.

Video insiden lucu tersebut yang dimuat naik di TikTok sehingga kini meraih lebih 134,500 jumlah tontonan.

Berkongsi cerita dengan mStar, Nurul Syahirah Jamaludin berkata, ketika kejadian pada Rabu lalu, mereka berenam berpecah kepada dua kumpulan kerana mengukuti laluan (route) yang berbeza.

“Kami berenam sampai di tempat letak kereta Air Terjun Sungai Long, Cheras, agak awal sebab bertolak dari Sepang sebelum Subuh.

“Masa kami sampai, memang tak ada orang lagi. Ada dua laluan, tiga geng lelaki nak ikut laluan hiking, dan kami bertiga yang perempuan ni nak ikut laluan air terjun. Jadi berpecah.

“Masa kami dah berpecah dan mula berjalan, terdengar macam bunyi tapak kaki. Ingatkan ada orang lain tapi bila pandang belakang, rupa-rupanya tiga ekor anjing!

“Siapa tak cu4k… tapi saya perasan ekor anjing-anjing ni goyang-goyang, maknanya mereka ni bukan nak kej4r. Mungkin mereka terhidu bau makanan dari beg kami. Kami jalan perlahan-lahan je buat macam biasa,” ceritanya yang senang disapa sebagai Shi.

Video:

@apokado88

Baru ingat tuhan #LalamoveIt #GreatestMakanHits #fypage #foryou

♬ original sound – Tarda folk!

Menurut g4dis berusia 20 tahun ini, setibanya mereka di pintu pagar, ada seekor lagi anjing yang sedang menanti, membuatkan mereka berbelah bahagi sama ada mahu meneruskan perjalanan atau berpatah balik.

“Pagar tu masih bertutup sebab awal lagi. Kami dah dilema dan berbelah bahagi masa tu. Kemudian nampak sebuah lori lalu. Kami baru je nak tumpang tapi tiga rakan lelaki kami muncul.

“Tak jadilah nak tumpang lori. Barulah rasa berani sikit sebab ramai dan ada lelaki. Rupa-rupanya anjing dekat pagar tu seperti ‘menjaga’ kawasan tersebut.

“Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar hinggalah kami tiba di lokasi air terjun,” ujarnya yang kini sedang melanjutkan pengajian dalam bidang Perisian Teknologi Maklumat di Politeknik Sultan Idris Shah, Selangor.

Masa kami dah berpecah dan mula berjalan, terdengar macam bunyi tapak kaki. Ingatkan ada orang lain tapi bila pandang belakang, rupa-rupanya tiga ekor anjing!

NURUL SYAHIRAH JAMALUDIN

Shi berkata mereka memilih untuk beriadah dan beraktiviti pada hari bekerja kerana mahu mengelakkan keses4kan dan kepadatan bersama pengunjung lain memandangkan ia sangat ber1siko lebih-lebih lagi k3s C0vldl9 masih tinggi ketika ini.

“Kami tahu mengenai air terjun ini pun menerusi TikTok. Jadi sebelum pulang ke tempat belajar masing-masing, kami ambil peluang nak berkumpul bersama-sama.

“Sengaja pilih hari orang bekerja sebab tak mahu ‘crowded’. Macam video yang viral di Sungai Pisang baru-baru ni, sememangya sangat ber1siko. Walaupun ada yang dah lengkap d0s svntik4n, tapi tak bermakna kita bebas tanpa patuhi SOP,” ujar anak ketiga daripada tiga adik beradik ini lagi.

Sekadar suka-suka memuat naik video di TikTok, Shi berkata dia sama sekali tidak menyangka perkongsiannya mencuit hati ramai.

hiking anjing 2

Menikm4ti keindahan Air Terjun Sungai Long selepas pen4t mendaki.

“Nak tergelak baca komen netizen. Ada yang kata bertuahnya kena escort (iring) dengan anjing. Ada yang seloroh kenapa pergi hiking dengan ex (bekas kekasih) mereka, merujuk kepada anjing-anjing tu.

“Sebenarnya, ada lagi satu video yang viral iaitu video saya pegang sejadah bawa hiking. Kami bertolak sebelum Subuh… takut tak ada tempat solat jadi saya sedia sejadah.

“Sebenarnya beg kami masing-masing penuh, siap pvtus. Itu sebabnya saya pegang saja. Video tu pun ramai komen lucu.

“Saya ucapkan terima kasih kerana terhibur dengan video-video saya. Apa pun kepada yang lain, patuhi SOP kalau nak beriadah dan jagalah kebersihan tempat itu. Bawa plastik untuk kumpul sampah dan bawalah pulang sampah masing-masing,” katanya lagi.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber: Mstar



via Sinar Viral Network

Post a Comment

0 Comments

loading...