Tak Sempat Buat Majlis Kahwin Masa PKP, Pasangan Pengantin Bawa Anak Kembar Naik Pelamin Tarik Perhatian

Tak dinafikan, sejak kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), ramai pasangan pengantin terp4ksa menangguhkan majlis perkahwinan mereka dan hanya melaksanakan majlis akad nikah sahaja.

Baru-baru ini viral satu video memaparkan pasangan pengantin melangsungkan majlis persandingan sambil membawa anak kembar berusia 3 bulan. Comelnya!

Menerusi video viral yang dimuat naik di akaun TikTok, Nreennaimaaa memaparkan pasangan pengantin yang mengenakan busana berwarna maroon sedang berarak masuk ke dalam sebuah dewan.

Tetapi apa yang menarik perhatian ramai apabila melihat pasangan ini mengendong dua bayi kembar naik ke atas pelamin. Meskipun sudah bergelar ibu dan ayah, tetapi pasangan ini tampak berseri dan senyuman sentiasa terukir di bibir sepanjang majlis berlangsung.

Video:

@tunsyazreen

beta janji jaga 🙋🏻 @nreennaimaaa Syukur dapat naik pelamin sekali anak 🥰#fyp #foryourpage #foryouシ #esekeli #tiktokmalaysia #tiktokindonesia

♬ Beta Janji Beta Jaga – KangMarlo ??

Bercerita dengan lebih lanjut, pengantin perempuan memaklumkan bahawa dia dan suami telah bernikah pada bulan Februari 2020 dan pada bulan Mac wanita ini disahkan h4mil. Jelasnya lagi, mereka tidak berkesempatan melangsungkan majlis perkahwinan kerana PKP.

Tetapi pada bulan Januari 2021 yang lalu, wanita ini dan suami nekad untuk bersanding bersama bayi kembar mereka yang ketika itu berusia 3 bulan.

Komen Netizen:

Video yang dikongsikan itu telah mendapat hampir 1.2 juta tontonan dan kebanyakan netizen sempat berseloroh memaklumkan bahawa bayi kembar berkenaan beruntung kerana berpeluang menghadiri majlis perkahwinan ibu bapa mereka.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber: ohbulan, mediamalaysia



via Sinar Viral Network

Post a Comment

0 Comments

loading...