S4bar ajelah! Selalu k4cau si kembar baru tidur, ‘cvlik’ bawa balik rumah… anak layankan saja perangai atuk nakal suka s4kat cucu

“Nak pergi kedai bawa cucu makan aiskrim,” itulah kata-kata seorang bapa apabila anak perempuannya bertanya ke mana dia mahu membawa cucu-cucunya.

Rakaman tersebut menunjukkan lelaki berkenaan sedang berjalan keluar dari sebuah rumah sambil mendvkung tiga bayi dengan perasaan gembira.

Video berdurasi 32 saat itu meraih lebih 420,000 tontonan di aplikasi TikTok setakat ini.

Eyda disahkan h4mil anak kembar tidak seiras pada tahun 2020.

Berkongsi cerita kepada mStar, Nurhafidah Yaacob, 35, berkata, bapanya, Yaacob Shaffie, 65, sememangnya suka meluangkan masa bersama anak kembarnya dan seorang lagi anak saudaranya yang juga masih bayi.

Justeru, bapanya sering ‘mencvlik’ ketiga-tiga cucunya untuk dibawa ke rumahnya yang terletak tidak jauh antara satu sama lain.

“Saya dan kakak ipar tengah bersembang di luar rumah, kemudian ayah masuk melalui pintu dapur. Tiba-tiba dia keluar ikut pintu depan dan bawa si kembar, dia dvkung kiri dan kanan.

“Kebetulan waktu itu abang datang rumah saya, ayah minta juga anak dia untuk dibawa pulang bersama. Itu yang sampai tiga orang cucu didukung serentak.

Video:

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

“Masa tu tak terkejvt pun sebab ayah memang selalu buat pelik-pelik dengan cucunya. Dia pernah galas buaian anak kembar saya seperti beg kerana mahu ambil mereka berdua tetapi waktu tu si kembar tengah tidur.

“Tapi apa-apa pun saya percayakan dia, insyaAllah anak-anak selamat dengan atuknya,” katanya yang menetap di Gelang Patah, Johor.

Mesra disapa Eyda, dia berkata, bapanya tinggal bersebelahan dengan rumah mereka bersama ibunya, Asmah Yahya, 60, serta dua adik perempuannya yang masih bujang.

“Ayah memang sangat rapat dengan semua cucunya, lebih-lebih lagi waktu mereka masih b4yi. Kalau abang si kembar yang berumur 13 tahun tu memang dah jadi kawan dia pergi tangkap ikan di parit atau mencari kupang.

“Memang banyak masa dia habiskan dengan kembar, sebab ayah saya ni pemandu teksi. Buat masa sekarang pelanggan pun tak ramai, jadi banyaklah masa dia di rumah.

“Dalam sehari tu berkali-kali dia datang rumah main atau bawa si kembar balik rumahnya… kalau tak pun dia ajak mereka berborak atau dukung bawa keluar,” katanya yang kini menjual karipap sejuk beku secara online.

Menurut anak kedua daripada enam beradik ini, bapanya suatu ketika dahulu merupakan seorang yang sangat garang dan tegas dengan anak-anaknya.

Namun semua itu berubah setelah dia bergelar datuk dan setakat ini mempunyai seramai 13 orang cucu.

“Sebenarnya masa muda dulu ayah saya ni sangatlah g4rang dengan anak-anak, tapi bila dapat cucu terus berubah jadi penyayang. Mungkin masa muda dia tak ada masa sangat sebab sibvk cari duit untuk besarkan kami enam beradik.

“Selepas balik dari klinik untuk buat scan masa meng4ndungkan si kembar, saya terus beritahu mak dan ayah. Nampaklah air m4ta ayah bergenang sebab dia terlalu gembira campur teruja nak dapat cucu kembar.

Saya bersyukur sangat anak-anak dapat merasa kasih sayang atuk dan nenek mereka.

NURHAFIDAH YAACOB

“Suami saya pun pada mulanya tak percaya sebab kami tiada keturunan kembar. Dia juga seronok kerana sudah 11 tahun tidak ada anak kecil dan kali ini dapat dua sekali gus.

“Tapi memang menc4bar jugalah nak jaga kembar ni seorang diri, sampai kadang-kadang saya men4ngis. Mujur ada suami, anak bujang dan keluarga yang banyak sangat membantu,” ujarnya.

Bercerita lanjut, ibu kepada empat cahaya mata ini berkata, bapanya juga selalu mengvsik anak kembarnya lebih-lebih lagi sewaktu mereka baru sahaja ditidurkan.

Bagaimanapun, sebagai anak, dia tidak pernah mengh4lang atau mem4rahi bapanya kerana mahu dia menikm4ti momen indah bersama cucu-cucu kesayangannya.

“Penat nak uruskan kembar ni, nak tidurkan mereka berdua. Bila dah tidur, atuknya pula sengaja mengagah mereka supaya jangan tidur.

IMG_8826

Yaacob (barisan tengah, duduk) suka meluangkan masa bersama cucunya terutama sekali ketika mereka masih kecil.

“Sebagai seorang anak, saya akan biarkan sahaja, janji dia gembira sebab momen manis ni yang akan dikenang suatu hari nanti.

“Saya bersyukur sangat anak-anak dapat merasa kasih sayang atuk dan nenek mereka. Ramai yang komen luahkan rasa cembvru sebab anak mereka tak berpeluang merasa kasih sayang daripada atuk dan nenek,” katanya.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber: Mstar



via Sinar Viral Network

Post a Comment

0 Comments

loading...