APLIKASI TikTok menjadi salah satu medium media sosial yang paling trending ketika ini.
Bukan hanya video tarian semata-mata, malah kebanyakan warganet menggunakannya untuk berkongsi pelbagai tip, informasi, ins1den lucu, resipi dan banyak lagi.
Tidak terkecuali pemuda ini yang banyak berkongsi video masakan sempoi dan ringkas di aplikasi berkenaan.
Meskipun ramai mempunyai content yang sama, namun video masakan pemuda ini lain daripada yang lain kerana mempunyai ‘trademark’ tersendiri.
Selain video tutorial sempoi masakan ringkas namun mampu membuatkan penonton kecvr livr, perkongsiannya juga menarik kerana pemuda ini menggunakan loghat utara dan perkataan trademark ‘buh’ (bubuh) yang membawa maksud ‘masukkan’ setiap kali memasukkan bahan ke dalam kuali.
Rata-rata video masakannya meraih puluhan ribu malah ada yang melebihi satu juta jumlah tontonan.
Video:
@psychosis__ Ayam masak merah kari #fyp #tiktokmalaysia #lunch #makanantiktok #masakansimple #dinner #makan #jommasak #masak #masakdirumah #dietkelaut
Berkongsi cerita dengan mStar, pemuda itu yang hanya mahu dikenali dengan nama Wan ini berkata dia sendiri sama sekali tidak menjangka video masakan ringkasnya meraih perhatian ramai.
Siapa sangka, selain mahu mengisi masa lapang, rupa-rupanya ada kisah tersendiri mengapa pemuda berusia 32 tahun ini gemar memasak.
“Sebenarnya saya kini sedang bercuti s4kit selepas didi4gnos mengh1dap Major Depr3ssive Disorder (MDD) dengan psik0sis. Sepanjang cuti s4kit, memang saya memasak sendiri, lagi pula masih bujang.
“Memandangkan hari-hari memasak, saya fikir baik buat video sekali. Niat asalnya sebagai hiburan dan nak hilangkan str3s saja tapi lama-kelamaan saya makin suka dan makin ada keyakinan. Secara tak langsung ia menjadi terapi untuk saya.
Selain masakan ringkas, Wan turut memuat naik videonya melakukan aktiviti outdoor dan melukis.
“Masakan saya semua yang ringkas… lauk orang bujang. Mungkin orang yang tak ada idea memasak, boleh dapat idea daripada video saya. Perkataan ‘buh’ tu sebab kita asal orang utara.
“Walaupun menetap di Sarawak dah tujuh tahun kerana bekerja, tapi loghat tetap maintain. Mula-mula buat video, saya sediakan skrip tapi payah pula dan macam skema sangat… kemudian saya buat skrip spontan sendiri. Itulah asalnya terkeluar perkataan ‘buh’ sampai jadi trademark,” ujarnya yang berasal dari sebuah negeri di utara tanah air.
Wan berkata dia berkebolehan memasak seawal usia lapan tahun lagi selepas bapanya men1ngg4l dvnia.
Mungkin orang yang tak ada idea memasak, boleh dapat idea daripada video saya. Perkataan ‘buh’ tu sebab kita asal orang utara.
WAN
“Saya bantu ibu dan buat benda-benda asas seperti masak nasi dan lauk ringkas… lebih-lebih lagi ibu terp4ksa keluar bekerja selepas arw4h ayah tiada, jadi saya kerap juga masuk dapur.
“Kebanyakan masakan yang saya kongsi adalah resipi turun temurun daripada ibu dan nenek,” ujarnya yang dikenali dengan nama CEO of Buhhh di TikTok.
Menurut Wan, dia sama sekali tidak menyangka dengan sambutan yang diterima kerana baru sahaja mencipta akaun TikTok dalam tempoh tidak sampai dua bulan.
Bermula daripada ratusan pengikut, kini pemuda ini berjaya mengumpul lebih daripada 52,000 pengikut di aplikasi tersebut.
Komen netizen:
Antara komen-komen netizen yang mengikuti video masakan Wan di TikTok.
“Penerimaan sangat menggalakkan dan membuatkan saya terharu sangat-sangat. Saya ingat orang akan jemv dan bos4n dengan video saya, tapi tanggapan saya mel3set.
“Ada yang komen dan beritahu mereka paling tak sabar-sabar nak tunggu ending video sebab nak dengar cakap cakap ‘buh dalam mulut dan makan’. Memang rata-ratanya suruh saya kekalkan trademark ‘buh’ tu.
“InsyaAllah saya akan kekalkan content yang sama namun cuba pelbagaikan resepi termasuk masakan tempatan Sarawak. Saya memang mudah nak adapt dengan budaya di sini sebab tak cer3wet. Malah suka bergaul dan bertanya orang tempatan. Perkataan ‘buh’ tetap wajib ada.
“Alhamdulillah, tak sangka juga sebab sokongan ramai, ada yang mula menawarkan saya untuk khidmat paid review. Rezeki yang tak dijangka sama sekali. Saya terharu apabila baca komen-komen dan ia menaikkan semangat saya. Terima kasih tak terhingga kepada semua,” ujarnya lagi.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network
Sumber: Mstar
via Sinar Viral Network
0 Comments