Pelakon Aman Graseka, 53, dikurniakan anak lelaki selepas isterinya, Nurul Amrina Zamri selamat melahirkan bayi mereka di pusat perubatan di Sungai Petani, Kedah, petang semalam.
Aman berkata, anak keduanya itu selamat dilahirkan secara normal pada jam 3.54 petang dengan berat 3.1 kilogram.
“Syukur semuanya selamat. Isteri masuk hospital kira-kira jam 1 pagi, namun tanda-tanda kelahiran belum kelihatan. Doktor suruh tunggu dan akhirnya jam 3.54 petang barulah bayi kami keluar untuk melihat dunia. Alhamdulilah ibu dan bayi sihat,” katanya.
Aman berkata, kos bersalin isterinya di pusat perubatan itu ditanggung seorang pelakon wanita yang juga rakannya.
“Dia seorang pelakon wanita yang hebat dan rakan yang baik hati,” katanya kepada Harian Metro.
Aman dan Nurul Amrina, 32, turut mempunyai seorang anak lelaki, Aishymir Mateen yang kini berusia dua tahun.
Terdahulu, Harian Metro pernah melaporkan Aman yang melakonkan watak Datuk Maharaja Lela dalam filem 1875 meminta penerbit dan pengarah filem terbabit menjelaskan baki bayaran sebanyak RM25,000 yang tertvnggak sejak empat tahun lalu.
Aman yang kini menetap di kampung halaman isterinya di Padang Geh, Kuala Ketil, Kedah sudah dua tahun hil4ng punca pendapatan ak1bat penvlaran p4ndem1k C0vldl9 yang mengehadkan peluangnya untuk berlakon.
Dia ketika itu bvntu untuk mendapatkan wang apabila isterinya dijangka melahirkan anak kedua mereka pada awal Julai.
Dia ada meminta bantuan daripada rakan-rakannya, tetapi mereka tidak dapat membantu kerana mereka juga berdepan kesvsahan.
Dia juga ada meminta bantuan daripada Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) tetapi tiada bantuan dihulurkan.
Aman akhirnya menerima sumbangan sebanyak RM500 dari Yayasan Kebajikan Artis Tanahair (YKAT) serta daripada rakan-rakan artis yang bersimpati.
Komen netizen:
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network
Sumber: Harian Metro
via Sinar Viral Network
0 Comments